Premium
Ahok di belakang pencabar: Kiraan awal
Gabenor bukan Islam Jakarta hadapi cabaran berat kekalkan kedudukan
Apr 20, 2017 | 5:30 AM

-
JAKARTA: Mantan menteri pendidikan Encik Anies Baswedan dan pasangannya, Encik Sandiaga Uno, kini mendahului dalam pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta semalam, menurut kiraan pantas semalam.
Perangkaan awal yang diperolehi daripada 20 peratus data yang dikumpulkan empat badan pemikir Indonesia menunjukkan Encik Anies dan Encik Sandiaga memperolehi 55 hingga 57 peratus undi setakat ini, manakala Gabenor Jakarta, Encik Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama, dan timbalannya, Encik Djarot Saiful Hidayat, memperolehi antara 43 dengan 45 peratus undi.

