Premium
Ahok: 'Kerjaya politik saya sudah berakhir'
Jul 25, 2019 | 5:30 AM
SERTAI RANCANGAN TEMU BUAL: Dalam video yang disiarkan di saluran YouTube rasminya, Panggil Saya BTP, Ahad lalu, Ahok berkata beliau akan menggayakan rancangan temu bualnya mengikut rancangan temu bual lewat malam Amerika Syarikat The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. - Foto ZAOBAO -
JAKARTA: Mantan gabenor Jakarta, Encik Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama, mungkin tidak kembali ke dalam kedudukan tinggi pemerintah, sambil menyatakan beliau percaya kerjaya politiknya sudah berakhir.
Presiden Joko Widodo dijangka mengumumkan tidak lama lagi Kabinetnya bagi penggal kedua - yang mungkin termasuk beberapa nama besar baru - tetapi Ahok, yang kini lebih suka disebut 'BTP', telah menolak gagasan bahawa beliau mungkin dipilih menjadi menteri.

