Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aidiladha seadanya, dalam kekurangan di sebahagian negara

Raya di kem perlindungan bagi rakyat Sudan, tanpa makanan di Afghanistan, sedang harga haiwan korban melambung di Mesir, dan dengan rumah musnah dibedil di Gaza
Jun 30, 2023 | 05:30 AM




Sedang umat Islam di seluruh dunia dalam kegembiraan menyambut Aidiladha, menunaikan ibadah korban dan menjamu hidangan lazat, tidak kurang pula yang diselubungi kesulitan dan dalam serba kekurangan.

Kemeriahan menyambut Aidiladha dan memakan hidangan daging korban kini tinggal kenangan sahaja bagi Cik Hanan Adam dan enam anaknya berusia antara dua tahun hingga 15 tahun. Mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka disebabkan “perang” antara dua kumpulan bersenjata di Sudan yang kini memasuki bulan ketiga.

“Aidiladha jauh dari kampung halaman, amat menyedihkan,” katanya dari khemah sementara di Al-Hasaheisa, kira-kira 120 kilometer dari ibu kota Khartoum.

“Setiap hari anak-anak bertanya bilakah mereka akan pulang,” kata Cik Hanan.

Keadaan seperti itu telah dilalui selama beberapa tahun oleh rakyat di Afghanistan. Jangankan daging korban, makanan harian juga tidak mudah diperolehi mereka. Namun, sempena Aidiladha, “ada sedikit rezeki yang datang”, kata Encik Mohammad Agha, dari sebuah daerah pedalaman.

Beliau dan sebilangan penduduk kampungnya beratur di sebuah kawasan perlombongan milik syarikat China yang membahagikan bekalan makanan sempena Aidiladha.

“Saya bawa pulang tepung, minyak goreng, teh dan gula. Anak-anak saya pasti gembira,” kata beliau sambil menarik nafas lega setelah menerima “habuan” Aidiladha pada Selasa.

“Kalau tidak ada bantuan ini, saya tidak bawa pulang apa-apa buat sambutan Aidiladha kali ini,” kata Encik Mohammad Agha, yang mempunyai 10 orang dalam keluarganya.

“Bantuan makanan ini boleh bertahan selama 10 hari dan saya akan menggunakannya untuk hidangan Aidiladha. Saya akan menyajikan masakan palaw (hidangan tradisi nasi) buat kami sekeluarga,” kata seorang lagi penduduk yang menerima bantuan itu, Encik Bulbul.


Sementara itu, sambutan Aidiladha di Mesir diselubungi kekhuatiran harga barang melambung, menjejas bekalan haiwan korban, akibat kadar inflasi yang terlalu tinggi dan penilaian semula mata wang tempatan.

Walaupun ada keluarga masih mampu melaksanakan korban, ramai memilih untuk melakukannya secara berkumpulan, kerana “harga seekor haiwan korban, baik lembu mahupun kambing, sudah terlalu mahal” pada 2023.

Encik Waleed Azouz, 66 tahun, seorang peniaga di Kaherah berkata beliau memutuskan untuk berkongsi bersama dua orang lagi membeli seekor lembu. Beliau akan mengagihkan daging korban itu dalam kalangan 25 pekerja wanitanya yang bergaji rendah.

Walaupun suasana di pasar menjual haiwan korban kelihatan sibuk, pembeli dan penjualan amat berkurangan berbanding pada 2022.

“Tahun ini penjualan merosot,” kata Encik Hassan Mohamed, pedagang haiwan yang mengatakan penjualan lembunya merosot dua pertiga kepada 20 ekor sehari daripada 2022.

Menurut Encik Haitham Abdel Basset, naib presiden bahagian perniagaan daging Dewan Perniagaan Kaherah, penjualan haiwan korban 2023 merosot sekitar 80 peratus daripada 2022.

Di Lebanon, umat Islam turut mengalami kesulitan membeli haiwan korban. “Kambing sahaja sudah terlalu mahal,” kata  Encik Hassan Salloum, yang berkeliling di sekitar pasar al-Marj di selatan negara itu mencari haiwan yang harganya tidak terlalu tinggi.

Beliau terus bersungut kerana “harga tidak masuk akal, tidak mungkin kebanyakan orang mampu membelinya untuk melaksanakan ibadah korban pada Aidiladha ini”.

Krisis ekonomi di Lebanon yang berpanjangan menjejas sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

“Harga kambing sudah mencecah AS$300 ($406), hampir tiga kali ganda gaji saya sebulan, AS$85,” kata Encik Hatoum.

Namun, mereka masih dapat menyambut Aidiladha, sekalipun secara sederhana. Tidak seperti keadaan yang dialami oleh sebahagian penduduk Gaza, apabila rumah mereka musnah dibedil dalam serangan udara tentera Israel.

“Biasanya kami menghabiskan masa berjam-jam sehari membuat persiapan menyambut Aidiladha, membersihkan dan menghias rumah, membeli juadah, membuat kueh,” kata Cik Najah Nabhan, 62 tahun, dari Beit Lahia, sebuah bandar di utara Gaza.

Kali ini, sudahlah tidak dapat ke pasar untuk membeli-belah, anak dan cucu Cik Najah sibuk menyusur sekitar runtuhan rumah mereka, mencari pakaian yang mungkin masih boleh dipakai.

“Inilah keadaan kehidupan yang kami lalui bertahun-tahun. Semoga penderitaan kami akan berakhir pada suatu hari kelak,” kata Encik Abu Obeid, seorang penduduk di Jaluran Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >