Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Air botol jadi rebutan apabila bekalan air terputus di Pulau Pinang, Kedah

May 17, 2023 | 05:30 AM



GEORGE TOWN: Sedang jumlah hujan terbatas dan empangan air yang tidak mencukupi, rakyat Pulau Pinang menghadapi satu lagi cabaran berkaitan kekurangan air di negeri itu.



Kerosakan sistem pengairan di sepanjang Sungai Muda yang telah menyebabkan terputusnya bekalan air ke rumah, telah mendorong ratusan ribu penduduk Pulau Pinang dan Kedah berebut-rebut mendapatkan bekalan minuman air.



Mereka menyerbu pasar raya dan 'membersihkan' rak botol air minuman.



Di media sosial, dirakam kejadian terjerit-jerit antara pembeli yang berebut-rebut mahu mendapatkan botol air itu.



Walaupun bekalan air pulih dalam tempoh kurang 24 jam, ramai penjual makanan berkata mereka memutuskan untuk tidak membuka kedai pada Isnin kerana tidak dapat menyediakan bahan makanan tanpa air sehari sebelumnya.



Tanpa bekalan air dari Sungai Muda, paras empangan Pulau Pinang mula terjejas dan setakat Isnin, Empangan Ayer Itam penuh 39.8 peratus, Empangan Teluk Bahang 46.2 peratus, malah Empangan Mengkuang yang lebih besar, yang biasanya lebih 90 peratus penuh, turun kepada 88.2. peratus.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Chow Kon Yeow, merayu kepada rakyat negeri itu supaya dapat menjimatkan air dan menegaskan bahawa dalam kes Empangan Ayer Itam, hanya terdapat air yang mencukupi buat penduduk tempatan bertahan 120 hari lagi.



Presiden Water Watch negeri itu, Dr Chan Ngai Weng, berharap kejadian itu menjadi satu kejutan buat rakyat Pulau Pinang.



"Penggunaan air harian per kapita Pulau Pinang meningkat sehingga melebihi 300 liter tahun lalu, yang tertinggi di negara ini.



"Tarif mesti dinaikkan untuk mengawal pembaziran air," katanya.



Mengenai kejadian sensor rosak yang menyebabkan pintu pagar di Sungai Muda dibuka, Dr Chan berkata sepatutnya ada amaran automatik apabila pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya kerana sensor rosak.



"Komputer tidak melakukan kesilapan. Pihak berkuasa mesti menyemak sama ada amaran telah dimatikan atau jika arahan yang salah telah dimasukkan atau jika terdapat virus dalam program tersebut.



"Sepatutnya ada juga amaran merah umum dihantar ke setiap peringkat pihak berkuasa di Pulau Pinang dan Kedah sebaik sahaja paras air Sungai Muda turun di bawah paras tertentu," katanya.



Beliau juga melahirkan harapan agar di bawah Skim Pemindahan Air Mentah Sungai Perak, Kerajaan Persekutuan dapat membantu mencari jalan tengah bagi kedua-dua Perak dan Pulau Pinang. - The Star.




"Komputer tidak melakukan kesilapan. Pihak berkuasa mesti menyemak sama ada amaran telah dimatikan atau jika arahan yang salah telah dimasukkan atau jika terdapat virus dalam program tersebut. Sepatutnya ada juga amaran merah umum dihantar ke setiap peringkat pihak berkuasa di Pulau Pinang dan Kedah sebaik sahaja paras air Sungai Muda turun di bawah paras tertentu."
- Dr Chan Ngai Weng, Presiden Water Watch mengenai kejadian sensor rosak yang menyebabkan pintu pagar di Sungai Muda dibuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >