Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Air mata Siti Sarah mengalir semasa panggilan video terakhir dengan keluarga, kata suami

Aug 09, 2021 | 04:46 PM



KUALA LUMPUR: Pelawak dari Malaysia Shuib Sepahtu sempat membuat panggilan video terakhir kepada isterinya Siti Sarah Raissuddin yang tenat di unit jagaan rapi sebelum isterinya meninggal dunia dinihari Isnin (9 Ogos).



Shuib yang nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37 tahun, berkata beliau dan tiga anaknya Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, lapan tahun, dan Ariq Matin, enam tahun, boleh melihat air mata mengalir di pipi isterinya semasa panggilan video itu.



“Ia adalah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajahnya ketika beliau masih hidup,” kata Shuib, ditukil dalam laporan New Straits Times (NST).



“Saya telah pergi ke hospital selepas anak-anak tidur (menyusuli panggilan video) dan membaca yasin serta berdoa untuknya.



“Namun saya tidak dibenarkan berjumpa dengannya dan saya pulang ke rumah,” kata Shuib.



Beliau akur pasrah menerima pemergian isteri, tetapi tidak sampai hati hendak memberitahu anak-anaknya.



Jenazah Siti Sarah, 36 tahun, seorang penyanyi yang dikenali di Malaysia telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu in Gombak pada hari yang sama.



Menurut Shuib, isterinya telah meminta supaya disemadikan di sebelah kubur ibunya.



Siti Sarah meninggal dunia pada 5.13 pagi 9 Ogos, selepas bertarung nyawa dengan Covid-19 selama dua hari selepas doktor meletakkan dalam koma.



Ini adalah untuk membantunya melahirkan bayi melalui pembedahan pada 5 petang Jumaat lalu. Bayi itu, yang telah dinamakan Ayash Affan, dilahirkan pramatang.



Pada 27 Julai, Siti Sarah berkata beliau dah keluarnya telah diuji positif bagi Covid-19 di rumah.



Shuib dan tiga anaknya namun diuji negatif selepas mengasingkan diri selama 14 hari.



Pada 4 Ogos lalu, Siti Sarah, yang pada itu mengandung tujuh bulan, terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kandungan oksigen yang rendah.



Shuib  berkata arwah isterinya telah berjuang bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Ayash Affan.



“Nama Ayah Affan adalah pilihannya… beliau mendapat tahu ia berhubung kait dengan seorang pejuang di wilayah Gaza, Palestin,” kata Shuib.



Artikel lain:



www.beritaharian.sg/dunia/artis-msia-siti-sarah-meninggal-dunia



www.beritaharian.sg/gaya-hidup/paras-oksigen-siti-sarah-turun-ke-40-peratus



www.beritaharian.sg/gaya-hidup/siti-sarah-koma-hampir-30-jam-tubuh-ditiarap-agar-paru-paru-dan-oksigen-kerjasama-shuib



www.beritaharian.sg/gaya-hidup/siti-sarah-masih-belum-sedar-tetapi-paras-oksigen-meningkat-bayi-pramatang-lahir-dalam



www.beritaharian.sg/gaya-hidup/penyanyi-siti-sarah-ditidurkan-di-icu-jalani-pembedahan-keluarkan-bayi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >