Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik dari pasaran M'sia

Jul 2, 2019 | 8:46 AM
Dua produk ini ditarik balik dari pasaran Malaysia selepas dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa. FOTO: Public Health Malaysia
Dua produk ini ditarik balik dari pasaran Malaysia selepas dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa. FOTO: Public Health Malaysia -

KUALA LUMPUR - Kilang yang mengeluarkan air minuman jenama Starfresh dan Waterfuns telah diarahkan menarik balik produk itu dari pasaran tempatan selepas dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata hasil pemeriksaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di kilang produk tersebut mendapati program jaminan keselamatan makanan tidak dilaksanakan dengan berkesan.

"Aktiviti pemprosesan dan pengeluaran AMB bagi tujuan perdagangan atau perniagaan adalah tidak dibenarkan dan pihak kilang diarahkan untuk menjalankan tindakan pembetulan dalam tempoh penggantungan lesen," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan produk minuman jenama Starfresh ditarik balik daripada pasaran Singapura selepas dikesan tercemar bakteria berkenaan melibatkan produk yang berisipadu 1,500 mililiter dan 500 mililiter dengan tarikh luput pada 13 Mei 2021 dan 11 Mei 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg