Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Air surut sukarkan usaha bantu kapal yang sekat Terusan Suez

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



KAHIRAH: Air surut telah menyukarkan usaha menyelamatkan sebuah kapal kontena besar yang telah menyekat lalu lintas di kededua arah di sepanjang Terusan Suez, menyebabkan trafik lautan terhenti di laluan perdagangan antara paling sibuk di dunia itu.



Kapal Ever Given itu dalam kedudukan mengiring di bahagian selatan terusan itu setelah kehilangan keupayaan mengemudi di tengah-tengah angin kencang dan ribut pasir, ujar Penguasa Terusan Suez (SCA) dalam satu kenyataan.



Ia kini menghalang laluan salah satu laluan penghantaran tersibuk di dunia yang digunakan untuk membawa pelbagai barangan, minyak, bijirin dan produk lain yang menghubungkan Asia dan Eropah.



Kelmarin, sekurang-kurangnya 185 kapal, kebanyakan kapal pengangkut kontena, kapal tangki minyak dan kimia, sedang menunggu untuk melalui terusan itu.



Terusan itu juga digunakan oleh kapal tangki yang menghantar minyak mentah dari Timur Tengah ke Eropah dan Amerika Utara dan dari arah bertentangan.



Kira-kira 30 peratus jumlah penghantaran kontena dunia melintasi Terusan Suez, yang sepanjang 193 kilometer, setiap hari dan sekitar 12 peratus jumlah perdagangan global bagi semua barangan.



Buat masa ini, semua lalu lintas itu dihalang oleh kapal yang terkandas di kawasan selatan terusan tersebut, mewujudkan satu lagi bebanan kepada rantaian bekalan global yang dilanda ledakan e-dagang yang berkaitan dengan wabak Covid-19.



"Halangan di Terusan Suez tiba pada waktu yang amat tidak membantu," kata Encik Greg Knowler, editor Eropah di JOC Group, yang merupakan sebahagian daripada IHS Markit.



"Walaupun berlaku kelewatan hanya dua hari akan menambah gangguan rantaian bekalan yang melambatkan penghantaran kargo ke perniagaan di seluruh Britain dan Eropah."



Anggaran kasar menunjukkan insiden itu boleh menelan belanja kira-kira AS$400 juta ($539 juta) sejam, berdasarkan perhitungan daripada Lloyd's List yang menunjukkan bahawa lalu lintas ke arah barat bernilai sekitar AS$5.1 bilion sehari dan lalu lintas ke arah timur sekitar AS$4.5 bilion.



Firma perkhidmatan marin GAC mengeluarkan satu catatan kepada pelanggan semalam mengatakan usaha membebaskan kapal menggunakan kapal tunda terus berlanjutan, tetapi keadaan angin dan ukuran kapal yang besar - sepanjang 400 meter dan lebar 58 meter - telah "menghalang operasi".



Perisian mencari lokasi kapal menunjukkan kapal itu hanya membuat sedikit perubahan pada kedudukannya selama 24 jam lalu, meskipun beberapa kapal tunda digunakan untuk menariknya ke perairan lebih dalam.



Pakar perkapalan mengatakan jika halangan itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24-48 jam, beberapa syarikat perkapalan mungkin terpaksa mengubah laluan kapal ke sekitar selatan Afrika, yang akan menambah perjalanan laut sekitar seminggu lagi.



Tetapi pengerusi Lembaga Terusan Suez berkata kepada media bahawa walaupun ada halangan itu, beberapa kapal kargo dapat bergerak ke selatan dan usaha melepaskan kapal Ever Given akan diteruskan.



Kapal pengeruk masih berusaha melonggarkan kedudukan kapal sebelum menariknya, kata pengurus kapal.



Keadaan menjadi amat terdesak sehingga pasukan penyelamat elit dari Belanda dijadual tiba semalam untuk melakukan kerja menyelamat kapal itu.



Peluang terbaik untuk membebaskan kapal itu mungkin tidak berlaku sehingga Ahad atau Isnin ini, apabila air pasang dijangka mencapai tahap tertinggi dan akan menambah kedalaman sehingga 46 sentimeter yang memungkinkan lebih banyak usaha menyelamat dilakukan, kata Encik Nick Sloane, ketua penyelamat yang bertanggungjawab menimbulkan semula Costa Concordia - kapal pesiaran yang terbalik di pantai Italy pada 2012.- Reuters, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >