KUALA LUMPUR: SYARIKAT penerbangan bajet utama Malaysia, AirAsia Group, sedang merancang memberhentikan ratusan pekerja dalam ia berusaha mengatasi wabak koronavirus, lapor agensi berita pada Isnin (28 September).
Sebagaimana dedah sumber yang menghadiri dua mesyuarat awam berasingan pada Isnin, kedua-dua sayap penerbangan Malaysia dan jarak jauh, AirAsia X Bhd, dikatakan merancang memberhentikan ratusan kakitangannya (bagi setiap unit).
AirAsia bagaimanapun tidak segera menjawab pertanyaan Reuters.
Kakitangan yang terlibat akan dimaklumkan dalam masa 72 jam.
AirAsia Malaysia akan memberi mereka bantuan seperti faedah perubatan dan penebusan kupon penerbangan pada akhir tahun. - REUTERS


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg