Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS akan kurangkan tentera di Iraq 'dalam beberapa bulan mendatang' 

Jun 12, 2020 | 11:15 AM
KERJASAMA TENTERA DUA NEGARA: Panglima tentera Amerika Syarikat, Brigadier Jenderal Vincent Barker (kanan), berjabat tangan dengan Panglima Tentera Iraq, Jeneral Mohammed Fadel (tengah), memakai pelitup dan sarung tangan, berikutan wabak penyakit koronvavirus, semasa penyerahan pangkalan tentera udara di barat Qayyarah, dari gabungan tentera pimpinan Amerika Syarikat ke Pasukan Keselamatan Iraq, di selatan Mosul, Iraq, pada 26 Mac lalu.
KERJASAMA TENTERA DUA NEGARA: Panglima tentera Amerika Syarikat, Brigadier Jenderal Vincent Barker (kanan), berjabat tangan dengan Panglima Tentera Iraq, Jeneral Mohammed Fadel (tengah), memakai pelitup dan sarung tangan, berikutan wabak penyakit koronvavirus, semasa penyerahan pangkalan tentera udara di barat Qayyarah, dari gabungan tentera pimpinan Amerika Syarikat ke Pasukan Keselamatan Iraq, di selatan Mosul, Iraq, pada 26 Mac lalu. - - Foto: REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat berjanji semalam untuk mengurangkan tentera dari Iraq dalam beberapa bulan mendatang setelah perbincangan dengan Baghdad, di mana penggubal undang-undang telah mendesak pengunduran mereka.

"Kedua-dua negara menyedari berdasarkan kemajuan yang sangat besar untuk menghapuskan ancaman ISIS, dalam beberapa bulan mendatang Amerika Syarikat akan terus mengurangkan kekuatan dari Iraq," kata pernyataan bersama, tanpa memberikan angka.

"Amerika Syarikat menegaskan bahawa ia tidak mencari atau meminta pangkalan tetap atau kehadiran tentera tetap di Iraq," katanya.

Iraq, dalam pada itu, berjanji untuk melindungi pangkalan yang menempatkan tentera Amerika setelah serangkaian serangan roket yang didakwa dilakukan kumpulan paratentera pro-Iran.

Kedua-dua negara semalam mengadakan dialog strategik pertama dalam lebih dari satu dekad, beberapa bulan setelah penggubal undang-undang Iraq menuntut agar pasukan Amerika Syarikat menarik diri setelah serangan dron Amerika di Baghdad membunuh seorang jeneral tertinggi dari negara jiran, Iran.

Hubungan sejak itu stabil di bawah perdana menteri baru Iraq yang mesra Amerika, Mustafa Kadhemi, dan dialog itu diadakan di ruang maya kerana tindakan pencegahan koronavirus. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg