AS akan tarik keluar, kurangkan tentera di luar negara, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

AS akan tarik keluar, kurangkan tentera di luar negara

Nov 19, 2020 | 05:30 AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menarik keluar hampir keseluruhan tenteranya dari Somalia selain mengurangkan jumlah anggotanya di Afghanistan dan Iraq ke tahap paling rendah dalam tempoh hampir 20 tahun berperang, selepas Presiden Donald Trump berjanji akan mengakhiri konflik di luar negara, menurut Pentagon pada Selasa.

Pemangku Setiausaha Pertahanan, Encik Chris Miller, berkata sekitar 2,000 tentera akan 'dikeluarkan' dari Afghanistan pada 15 Januari depan dan seramai 500 lagi akan pulang dari Iraq pada tarikh sama, meninggalkan baki 2,500 tentera di dua negara itu.

"Langkah itu mencerminkan dasar Trump 'untuk menamatkan perang di Afghanistan dan Iraq dengan cemerlang lagi bertanggungjawab serta membawa pulang anggota tentera kita yang berani'," katanya.

Encik Miller berkata, Amerika berjaya mencapai matlamat ditetapkan pada 2001 selepas serangan Al-Qaeda di negara itu dalam usaha menumpaskan pelampau Islam selain membantu rakan rapat dan sekutu memenangi peperangan.

Langkah itu membolehkan AS bebas daripada konflik berkenaan yang tercetus dan membara tanpa kesudahan sejak tahun 2001 serta sepanjang tempoh tiga presiden berbeza memimpin negara itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kita akan menamatkan perang berpanjangan ini dan membawa pulang tentera kita," katanya.

Berkenaan perihal Somalia, seorang pegawai yang enggan mendedahkan identitinya berkata, sejauh ini belum ada perintah diterima untuk penarikan keluar tentera Amerika dari Somalia.

Namun begitu, jangkaan semakin meningkat bahawa pengunduran akan dilakukan tidak lama lagi.

Amerika Syarikat mempunyai sekitar 700 anggota tentera di Somalia yang memberi tumpuan kepada membantu pasukan tentera tempatan menumpaskan pemberontak al Shabaab yang punya kaitan dengan Al-Qaeda.

Misi itu kurang mendapat perhatian Amerika tetapi dianggap sebagai usaha penting Pentagon dalam usaha sedunianya memerangi Al-Qaeda.

Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika yang baru dilantik Encik Trump, Encik Christopher Miller, yang merupakan pegawai memerangi pengganasan dan komando topi hijau, sedang meneliti kedudukan tentera Amerika di Somalia dan mungkin memilih untuk mempunyai sekumpulan kecil anggota tenteranya di negara itu dan berhenti dari bergantung kepada jumlah pengerahan yang besar untuk memerangi al-Shabaab.

Penyelaras usaha memerangi pengganasan di Jabatan Negara, Encik Nathan Sales, kelmarin enggan membincangkan pelan bagi pasukan tentera Amerika di Somalia.

Namun beliau akur bahawa al Shabaab mendatangkan bahaya ke atas keselamatan Afrika Timur dan kumpulan itu telah melancarkan serangan berperingkat di Kenya.

"Al Shabaab terus menimbulkan ancaman besar di dalam Somalia dan ia meningkat di rantau itu," kata Encik Sales kepada wartawan semasa mengumumkan tindakan menyenaraihitamkan barisan ketua kumpulan itu.

"Amerika Syarikat memandang serius akan tanggungjawab kami untuk menggunakan segala peralatan yang ada untuk menumpaskan dan meranapkan kumpulan pengganas yang merbahaya ini."

Para pengkritik berkata, perubahan mendadak ke atas dasar Amerika terhadap al Shabaab membawa risiko besar.

Kolonel Ahmed Abdullahi Sheikh, yang berkhidmat selama tiga tahun sebagai pegawai pemerintah pasukan khas Danab sehingga 2019 berkata, sebarang keputusan untuk menarik keluar anggota tentera tidak akan bersandar pada ancaman memerangi pengganasan, sebaliknya menggugat keyakinan terhadap Amerika.

"Ini diputuskan oleh politik," ujarnya.

Amerika telah pun menarik keluar anggota tenteranya dari dua kawasan di Somalia, Bossaso dan Galkayo, kira-kira tiga minggu lalu. - AFP, Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map