Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS akan tinggalkan perjanjian senjata Perang Dingin dengan Russia: Trump

Oct 21, 2018 | 05:59 PM



ELKO (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam mengesahkan bahawa negaranya merancang meninggalkan perjanjian senjata nuklear era Perang Dingin dengan Russia.



Encik Trump mendakwa bahawa Russia sudah sekian lama melanggar Perjanjian INF mengenai peluru berpandu jarak sederhana dan perjanjian senjata biasa, yang ditandatangani pada 1987 oleh presiden Amerika Ronald Reagan dan pemimpin Russia Mikhail Gorbachev.



Namun, sumber kementerian luar memberitahu agensi berita Russia RIA Novosti bahawa motif utama “Washington adalah mencorak dunia unipolar”, dengan mengkritik langkah itu sebagai usaha terakhir Washington mahu menjadi kuasa besar tunggal dunia sambil menegaskan niat itu tidak akan dicapai.



“Kami menghormati perjanjian itu tetapi Russia memungkirinya, jadi kami akan menamatkan perjanjian dan akan menarik diri,” kata Encik Trump kepada wartawan di Elko, Nevada.



“Russia telah melanggar perjanjian itu. Mereka melanggar selama bertahun-tahun lamanya. Saya tidak tahu mengapa Presiden (Barack) Obama tidak berunding atau menarik diri (daripada perjanjian itu).



“Kami tidak akan membiarkan mereka melanggar perjanjian nuklear dan terus menghasilkan senjata sementara kami tidak dibenarkan”.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >