Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS akan umum sekatan lanjut ke atas entiti Myanmar

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Amerika Syarikat akan mengumumkan sekatan lanjut ke atas entiti dalam Myanmar, dalam masa beberapa hari ini, kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara pada Rabu.



Bercakap kepada wartawan di Jakarta, Kaunselor Jabatan Negara Amerika, Encik Derek Chollet, berkata sekatan-sekatan itu akan membuat junta tentera Myanmar itu semakin sulit untuk menjana pendapatan buat pembelian senjata.



"Kami komited untuk meningkatkan tekanan ke atas junta tentera itu dan menyukarkan mereka untuk menjana pendapatan, yang menggiatkan lagi jentera peperangan mereka," kata Encik Chollet.



Katanya lagi, Myanmar sedang "menuju ke arah menjadi sebuah negara yang gagal, di tengah-tengah Asia Tenggara."



Tentera Myanmar telah menggulingkan pemerintah negara itu yang dipilih rakyat pada 2021 dan sejak itu telah melakukan tangkapan dan keganasan, menjerumuskan negara itu dalam keadaan huru-hara.



Amerika dan lain-lain negara Barat telah mengenakan beberapa sekatan terhadap anggota junta tentera, agensi pemerintah tentera, dan syarikat yang dikendalikan pihak tentera, untuk membendung keupayaan mereka mencari wang.



Sejauh ini, Amerika telah menguatkuasakan sekatan ke atas 80 individu dan lebih 30 entiti di Myanmar, kata Encik Chollet.



Beliau berkata untuk melihat penyelesaian bagi konflik di Myanmar, Russia harus berhenti membekalkan peralatan ketenteraan kepada junta itu.



"Satu cara bagi membolehkan itu berlaku adalah, apabila junta sudah tidak boleh mengimport senjata, dan kami sedang mengorak langkah ke arah itu, dan jika Russia berhenti membekalkan senjata kepada Myanmar," katanya.



Encik Chollet menyeru Asean, supaya tidak menyertakan sebarang perwakilan pemerintah tentera Myanmar dalam semua mesyuaratnya.



"Rejim itu perlu memahami sepenuhnya bahawa selagi ia terus melakukan kekerasan dan kezaliman terhadap rakyat negara itu sendiri, mereka akan merasakan balasannya - dan ini termasuk pengasingan selanjutnya daripada masyarakat antarabangsa."



Asean kini menghalang pemimpin junta itu menghadiri mesyuarat peringkat tinggi, tetapi menolak mengenakan sekatan, dan menolak penyingkiran Myanmar daripada blok serantau 10 negara anggota itu. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >