MASALAH JEREBU

Akhbar kritik langkah Jakarta tolak bantuan S'pura

JAKARTA: Lidah pengarang akhbar Jakarta Post kelmarin meluahkan rasa "agak aneh" apabila pemerintah pusat Jakarta enggan menerima bantuan Singapura bagi membantu memadamkan api kebakaran hutan di negara itu.

Dalam komennya, antara lain ia berkata: "Sudah cukup jelas dengan kebakaran hutan yang tidak henti-henti dan pencemaran udara toksik ke atas penduduk setempat, kita boleh memanfaatkan semua bantuan yang disediakan bagi memadamkan kebakaran itu secepat mungkin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan