Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aktivis hak asasi tikai enakmen syariah baru di Terengganu

10 badan bukan kerajaan lahir keprihatinan berhubung pindaan enakmen yang diluluskan
Dec 15, 2022 | 05:30 AM



KUALA TERENGGANU: Isu Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang baru diluluskan telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan aktivis hak kebebasan manusia.



Pindaan enakmen tersebut memasukkan empat seksyen baru, termasuk Seksyen 29A iaitu wanita hamil atau melahirkan anak luar nikah dan hukuman yang boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan ialah didenda tidak melebihi RM5,000 ($1,530) atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Dalam satu kenyataan, 10 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women's Action Society (AWAM) dan Justice for Sisters (JFS) menyatakan kebimbangan berhubung pindaan enakmen tersebut.



"Pindaan kepada enakmen ini menambah lagi impak buruk terhadap wanita, anak muda, komuniti LGBT dan lain-lain.



"Malaysia yang telah menyertai Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) mempunyai tanggungjawab untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak," menurut kenyataan itu.



Antara pindaan yang dipertikaikan termasuk tambahan Seksyen 29A - hamil atau melahirkan anak luar nikah.



"Mengharamkan kehamilan luar nikah bukan sahaja meletakkan trauma, malah juga beban dan rasa malu pada mangsa keganasan seksual," kata kenyataan itu.



Tambah gabungan NGO itu, ia juga menyumbang kepada peningkatan perkahwinan bawah umur serta mengekalkan kitaran kemiskinan dalam kalangan wanita.



Justeru, 10 NGO itu menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Malaysia supaya membuat penilaian impak hak asasi manusia terhadap versi baru enakmen berkenaan.



Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat, sebelum ini dilapor berkata, pindaan itu bertujuan menambah baik enakmen tersebut yang merangkumi tambahan empat seksyen baru dan 21 pindaan seksyen sedia ada.



Empat seksyen baru itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).



Datuk Satiful berkata, ia diluluskan bagi memperkukuh perundangan syariah di negeri ini.



Bagi seksyen melibatkan perbomohan dan sihir, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau bagi memastikan masyarakat Islam tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah hukum Islam.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerajaan negeri yang ditadbir Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bertindak ekstrem apabila meluluskan Enakmen Takzir (Pindaan) 2022 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.



Dr Ahmad berkata pindaan yang dilakukan itu adalah hampir seragam dengan negeri-negeri lain yang lebih awal melaksanakannya, antaranya di Melaka pada 1991.



"Apa beza ia dilakukan tahun 1990-an di negeri-negeri lain dan penambahbaikan ini (pindaan) terhadap enakmen adalah perkara yang sentiasa dijalankan dari segi takrifan... dari segi tafsiran dan sebagainya.



"Jadi 20 tahun dulu tak kata ekstrem pula, mengapa sekarang ini baru dikatakan ekstrem. Tentulah ada pihak yang tidak berlaku adil dalam membuat pertimbangan mereka," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan beberapa pihak terutama NGO terhadap kerajaan Terengganu berhubung isu salun uniseks dan peningkatan denda terhadap remaja yang hamil luar nikah yang mendapat perdebatan hangat sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung minggu lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >