Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aktivis hak wanita dijel 5 tahun kerana mahu ubah politik Saudi

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



DUBAI: Mahkamah Arab Saudi kelmarin menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lapan bulan ke atas aktivis hak wanita popular Loujain al-Hathloul, 31 tahun.



Demikian menurut kenyataan keluarganya dan laporan media apabila menyampaikan keputusan perbicaraan yang mencetuskan kritikan tajam dunia itu.



Hathloul ditahan sejak 2018 bersama sekurang-kurangnya 12 aktivis hak wanita lain.



Keputusan tersebut merupakan tamparan awal terhadap keutuhan hubungan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dengan Presiden Dipilih Amerika Syarikat Joe Biden.



Sebelum ini, Encik Biden pernah mengkritik rekod hak kemanusiaan Riyadh.



Dalam kes Hathloul, dia didakwa ingin merubah sistem politik Arab Saudi seraya menjejas keselamatan negara, menurut laporan akhbar Sabq dan al-Shark al-Awsat.



Menurut keluarga Hathloul, mahkamah telah mengurangkan tempoh dua tahun 10 bulan daripada hukuman itu, yakni hampir keseluruhan tempoh yang telah dia jalani sejak ditahan pada 15 Mei 2018. Pembebasannya kelak juga bersyarat.



Dia dijangka bebas sekitar lewat Februari tahun depan.



Namun, dia akan dimasukkan semula ke penjara kalau didapati bersalah melakukan jenayah.



Di samping itu, Hathloul tidak dibenarkan ke luar negara selama lima tahun, menurut ciapan kakaknya Lina di laman Twitter.



Tambahnya, pihak pendakwa raya dan Hathloul sendiri boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.



Sehubungan itu, pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar dakwaan ke atas Hathloul sebagai tidak sah.



Kumpulan hak manusia dan penggubal dasar di Amerika serta Eropah turut memberi tekanan agar wanita itu dibebaskan.



Pejabat hak asasi manusia PBB menulis di Twitter bahawa pendakwaan Hatloul "sangat membimbangkan" dan menggesa pihak berkuasa membebaskannya secepat mungkin.



Menurut kumpulan hak manusia dan keluarga, Hathloul dianiaya misalnya menjalani penyeksaan renjatan elektrik, waterboarding (memaksa mangsa menghadapi suasana persis lemas di laut) dan serangan seksual.



Pihak berkuasa Saudi menafikan semua tuduhan itu.



Minggu lalu, mahkamah membebaskan pihak pendakwa daripada tuduhan menyeksa Hathloul sewaktu dalam tahanan. Menurutnya, tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.



Tiga minggu sebelum kes Hathloul meletus, mahkamah Riyadh telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas doktor perubatan Amerika-Arab Saudi, Walid al-Fitaihi.



Hukuman itu dijalankan sekalipun pihak Amerika memberi tekanan agar membebaskannya.



Golongan diplomat menyifatkan dua perbicaraan itu sebagai petanda pihak berkuasa Arab Saudi tidak akan bertolak ansur dalam isu kemanusiaan.



Perbicaraan tersebut juga mungkin digunakan ketika menjalankan perbincangan dengan pentadbiran Encik Biden kelak.



Encik Biden pula menekankan bahawa beliau akan menjadi lebih tegas terhadap Arab Saudi berbanding presiden sekarang Encik Donald Trump. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >