Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Aktivis Hong Kong adakan perarakan haram di Kowloon

Oct 20, 2019 | 05:17 PM

HONG KONG - Penganjur demonstrasi antipemerintah terbesar meneruskan perarakan menerusi Tsim Sha Tsui hari ini (20 Oktober) walaupun dilarang melakukannya oleh pihak berkuasa dengan pengendali kereta api wilayah yang membantah kekacauan.’

Polis telah melarang perarakan ke dalam kota daerah Kowloon, kerana risau akan keselamatan awam, dan mahkamah berkata destinasi arakan itu, tempat pertukaran keretapi dengan China, mungkin diserang dan dirosak.

Perarakan itu bertujuan untuk membantah undang-undang yang melarang topeng muka yang diperkenalkan pada 5 Oktober lalu.

Ribuan pembantah membawa sepanduk yang mengatakan “Bebaskan Hong Kong” dan “Hong Kong Menolak”.

Keselamatan diperketatkan lagi menjelang perarakan itu.

Polis telah keluarkan kata-kata amaran dalam satu kenyataan terhadap penunjuk perasaan.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian