Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aktivis perubahan iklim rancang ganggu lapangan terbang Heathrow dengan dron

Sep 13, 2019 | 09:42 AM



LONDON (REUTERS) - Aktivis perubahan iklim merancang mengganggu Lapangan Terbang Heathrow di London dengan menggunakan dron pada pagi Jumaat (13 September).



Ini walaupun lima orang daripada kumpulan itu telah diberkas oleh polis London sebelum ini.



Kumpulan aktivis itu, yang bernama Heathrow Pause merancang menghalang pendaratan pesawat dengan menerbangkan dron secara haram dalam jarak 5 kilometer di kawasan lapangan terbang untuk memberi tekanan kepada kerajaan Britain untuk mengambil langkah lebih tegas dalam mengurangkan pelepasan karbon.



Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita dari kumpulan itu pada hari Khamis ekoran konspirasi untuk melakukan gangguan awam dengan mengganggu operasi di lapangan terbang.



Namun, kumpulan Heathrow Pause berkata ia tetap akan melancarkan rancangan mereka.



"Kami akan laksanakan seperti apa yang dirancang, aman dan tanpa kekerasan, dan tidak mengira peristiwa hari ini - kerana kita mempunyai pelan kontingensi," katanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis.



Awal minggu ini, pihak polis berkata mereka yakin tindakan itu tidak akan menyebabkan kekacauan seperti yang dilihat di Gatwick pada Disember lalu, apabila penerbangan dron telah menyebabkan gangguan kepada penerbangan ketika waktu sambutan Krismas.



Mereka juga telah memberi amaran bahawa gangguan kepada lapangan terbang dan pesawat terbang tanpa izin dalam zon pengecualian adalah jenayah yang serius.



Tetapi, para aktivis pula mengatakan mereka tidak ingin membahayakan nyawa. Mereka akan melaksanakan rancangan mereka setelah memberi tahu pihak berkuasa sebelum lapangan terbang itu dibuka.



Heathrow mengatakan bahawa tunjuk perasaan itu merupakan sesuatu yang tidak produktif  dan adalah suatu jenayah.



Mereka juga menambah bahawa walaupun setelah berunding dengan kedua-dua belah pihak, para penyokong dalam kempen aktivis itu masih tidak bersetuju dengan pihak lapangan terbang bahawa mereka juga memercayai terhadap pengeluaran karbon dioksida yang boleh dan harus dikurangkan sewaktu operasi penerbangan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >