Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS akui serangan dron di Kabul 'kesilapan tragik'

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Panglima tentera Amerika Syarikat, Jeneral Kenneth McKenzie, mengakui tentera negara itu tersilap ketika melancarkan serangan dron di Kabul bulan lalu yang menyebabkan 10 orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak.



Beliau berkata, serangan berkenaan mensasarkan suspek pengganas Daesh selepas pihak perisikan menerima maklumat kumpulan terbabit dipercayai mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, pada 29 Ogos lalu.



"Serangan itu satu kesilapan yang tragik," kata Jeneral McKenzie kepada pemberita kelmarin selepas siasatan berakhir sambil menambah kerajaan mengkaji pampasan setimpal yang patut dihulurkan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.



Serangan dron itu mengorbankan 10 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan Jenderal McKenzie mengesahkan tiada seorang pun mangsa mempunyai kaitan dengan Daesh.



Bagaimanapun, beliau mempertahankan serangan dron itu berikutan beberapa hari sebelum itu, lapangan terbang Kabul diserang ketika Amerika sibuk membawa keluar tentera dan warganya keluar dari Afghanistan, akhir bulan lalu.



Katanya, tiada orang awam dikesan berada di lokasi kejadian ketika serangan itu diluluskan untuk dilancarkan.



Beliau berkata, sebelum serangan itu, tentera mengesan sebuah kenderaan Toyota putih selama lapan jam di Kabul yang perisikan mengesyaki ia operasi pengganas Daesh dan dipercayai hendak melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul.



"Kami mensasarkan kenderaan ini berdasarkan pergerakannya di sasaran dikenal pasti dan menarik perhatian kami. Jelas sekali, perisikan kami silap," katanya.



Pada 26 Ogos lalu, pengganas Daesh melancarkan serangan bom nekad di lapangan terbang, menyebabkan 13 tentera AS maut.



Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin turut memohon maaf terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan.



"Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terbunuh. Kami memohon maaf dan amat menyesal dengan kesilapan mengerikan ini," katanya dalam kenyataan.



Encik Austin turut mengesahkan lelaki Afghanistan yang terkorban dalam serangan itu, Ezmarai Ahmadi, seorang petugas kumpulan bantuan Amerika, tiada kaitan dengan Daesh. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >