Topic followed successfully
Go to BHkuAli Rustam: Gelombang biru BN akan kekal di Melaka
Premium
Ali Rustam: Gelombang biru BN akan kekal di Melaka
Mantan ketua menteri Melaka yakin BN akan raih dua pertiga undi
May 8, 2018 | 5:30 AM
Ali Rustam: Gelombang biru BN akan kekal di Melaka
YAKIN RAMPAS KEMBALI KERUSI PARLIMEN: Tan Sri Mohd Ali Rustam yang semasa diwawancara Berita Harian di kediamannya di Bukit Katil, Jumaat lalu, yakin beliau akan menang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya yang sebelum ini diberi nama Bukit Katil. - Foto BH oleh CHAIRUL FAHMY HUSSAINI -
DARI BUKIT KATIL, MELAKA: MESKIPUN undi Melayu berpecah tiga antara parti utama, namun bagi orang kuat Umno, Tan Sri Mohd Ali Rustam, sokongan yang ditunjukkan orang ramai terhadap Barisan Nasional (BN) sejak hari pertama berkempen, memberinya keyakinan bahawa gelombang biru akan menumpaskan cabaran pakatan pembangkang, sekali gus mengekalkan pemerintahan bagi penggal selanjutnya.
Malah di Melaka, "BN akan menang dua pertiga", ujarnya yang menolak tanggapan ramai bahawa negeri Hang Tuah itu akan tumbang ke tangan pembangkang.

