Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran Biden pada Putin: Barat akan bertindak balas jika Russia serang Ukraine

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberitahu Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa akan ada tindak balas tegas daripada Barat jika sebarang serangan ke atas Ukraine berlaku.



Encik Biden menambah serangan sedemikian akan mengakibatkan penderitaan yang meluas dan mengasingkan Moscow.



Kedua-dua pemimpin negara itu bercakap dalam satu panggilan telefon selama sejam pada Sabtu (12 Feb) dalam usaha terbaru mengelak permusuhan.



Panggilan telefon itu dibuat sehari selepas Washington dan sekutunya memberi amaran bahawa tentera Rusia, yang mempunyai 100,000 anggota ditempatkan berdekatan Ukraine, boleh menyerang bila-bila masa.



Moscow menolak amaran tersebut dan menyifatkannya "histeria".



Kedua-dua pihak tidak menyatakan terdapat sebarang kemajuan.



Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden berkata panggilan itu adalah profesional dan substantif, tetapi mengatakan tidak ada perubahan asas.



Encik Biden memberitahu Encik Putin bahawa AS bersedia bagi diplomasi dan "senario lain," kata Rumah Putih.



Sementara itu Kremlin berkata, Encik Putin memberitahu Encik Biden bahawa Washington gagal mengambil kira kebimbangan utama Russia, dan ia masih beleum menerima "jawapan teguh" berkenaan perkara penting termasuk perkembangan Nato dan pengerahan pasukan serangan ke Ukraine.



Pegawai kanan pentadbiran Biden itu menambah, masih kurang jelas sama ada Encik Putin komited terhadap diplomasi meskipun beliau berjanji untuk kekal berhubung dengan Encik Biden.



Panggilan telefon itu dilakukan sedang Portugal, Israel dan Belgium menyertai senarai negara yang telah menggalakkan warga mereka meninggalkan Ukraine dengan serta-merta.



Jabatan Negara AS mengarahkan kebanyakan kakitangan kedutaannya meninggalkan Ukraine, menambah gesaannya pada Jumaat lalu bagi warganya yang lain keluar dari negara itu dalam tempoh 48 jam.



Pentagon berkata, ia menarik balik kira-kira 150 jurulatih tentera dari Ukraine.



Encik Putin sedang mencari jaminan keselamatan daripada Encik Biden untuk menyekat kemasukan Kyiv ke Nato dan penempatan peluru berpandu berhampiran sempadan Rusia.



Moscow telah berulang kali mempertikaikan versi Washington berkenaan ketegangan yang sedang berlaku, dengan mengatakan ia telah mengerahkan tentera berhampiran sempadan Ukraine untuk mengekalkan keselamatannya sendiri daripada pencerobohan oleh sekutu Nato. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >