Premium
Amaran tsunami selepas gempa bumi di Fukushima
Nov 23, 2016 | 5:30 AM
AIR NAIK: Alunan ombak di Sungai Sunaoshi di Tagoja di wilayah Miyagi kelihatan selepas amaran tsunami dikeluarkan menyusuli gempa bumi semalam. - Foto REUTERS -
TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan di sepanjang pantai timur laut Jepun selepas gempa bumi kuat melanda di luar pantai Fukushima pada 5.59 pagi waktu tempatan (4.49 pagi di Singapura).
Agensi Meteorologi Jepun pada mulanya berkata gempa itu sekuat 7.3 tetapi kemudian mengubahnya kepada 7.4, dengan pusat gempa pada kedalaman 25 kilometer.

