Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Ambil vaksin Covid-19 atau dilarang bertugas'

Sultan Selangor beri arahan kepada guru agama dan jurunikah.
Sep 04, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri itu yang masih berdegil dan enggan mengambil vaksin Covid-19 bahawa mereka berkemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas.



Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.



"Kepada guru-guru Kafa yang masih berdegil ini, mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas. Begitu juga -pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksin, mereka juga berhadapan tindakan sama," katanya



Bagi golongan yang memilih untuk tidak mahu divaksin, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai.



"Golongan ini sepatutnya mengetahui bahawa jika seseorang itu dijangkiti dengan virus Covid-19, suntikan vaksin akan dapat mengelakkan mereka daripada menerima kesan yang lebih buruk.



"Beta bimbang jika masih ada guru Kafa yang tidak divaksin, ia boleh memudaratkan pelajar.



"Beta berharap Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap guru Kafa, pegawai masjid dan jurunikah di Selangor ini," titah baginda.



Difahamkan terdapat 268 orang guru sekolah kebangsaan (SK) dan 182 orang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Selangor yang enggan divaksin.



Istana Selangor turut menerima laporan 95 guru Kafa enggan divaksin, begitu juga 11 pegawai masjid dan enam jurunikah.



"Ini juga boleh membahayakan pelajar sekolah rendah dan SMK di Selangor dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib," ujar Sultan Sharafuddin.



Sultan turut menyeru rakyat agar tidak khuatir atau ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin dan menjelaskan bahawa isu berkaitan pengambilan vaksin Covid-19 telah banyak kali disebut di dalam khutbah Jumaat dan kenyataan akhbar yang dikeluarkannya.



Justeru, Sultan Sharafuddin berharap pihak Jabatan Kesihatan Selangor dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap guru-guru Kafa, pegawai-pegawai masjid dan jurunikah di negeri ini.



Minggu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambil vaksin untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat.



Ini setelah Berita Harian Malaysia melaporkan, seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.



Menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya, Sultan Ibrahim, berkata pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan Covid-19.



"Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.



"Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin. Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini.



"Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti," kata Sultan Johor. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >