Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika bunuh pemimpin veteran Al-Qaeda di Syria

Feb 09, 2017 | 12:04 PM



WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat berkata pada Rabu (8 Feb) mereka telah membunuh 11 pegawai Al-Qaeda, termasuk seorang pemimpin veteran dan seorang perintis pengeboman bunuh diri, dalam serangan bom di Syria.

Pentagon berkata Abu Hani Al-Masri, seorang veteran Al-Qaeda, antara mereka yang terbunuh dalam serangan udara tepat berdekatan Idlib pada 3-4 Feb.

Al-Masri seorang pegawai awal Al-Qaeda yang menyelia kem latihan kumpulan itu di Afghanistan pada 1980-an dan 1990-an, apabila dia bekerja bersama pengasas kumpulan itu, Osama bin Laden, dan pemimpin sekarangnya, Ayman al-Zawahiri.

Di sana "dia mendapatkan, mengindoktrinasikan dan melatih beribu-ribu pengganas yang kemudiannya tersebar di seluruh rantau dan dunia," kata Pentagon dalam satu kenyataan.

Mereka berkata dia juga membantu mengasaskan Jihad Islam Mesir, "kumpulan Sunni yang pertama menggunakan pengebom bunuh diri dalam serangan pengganasan".

"Serangan ini menjejas keupayaan Al-Qaeda merancang dan mengarahkan serangan luar ke atas Amerika dan kepentingan kita di seluruh dunia," kata jurucakap Pentagon Jeff Davis.

Amerika kebanyakannya memberi tumpuan serangannya di Syria pada kumpulan pengganasan Negara Islam di Iraq dan kumpulan Syria (ISIS). Tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini tentera Amerika turut melancarkan beberapa serangan terhadap Al-Qaeda, pesaing ISIS.

Wilayah Idlib sebahagian besarnya diduduki oleh bekas cawangan Al-Qaeda di Syria, Fateh al-Sham, yang bersekutu dengan beberapa kumpulan pemberontak Syria untuk menentang pemerintah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >