Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Amerika, EU perhebat tekanan ekonomi ke atas Russia

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu yang lain memperhebatkan tekanan ekonomi ke atas Russia, dengan melucutkan Moscow daripada menerima layanan istimewa perdagangan dan ekonomi kerana menyerang Ukraine sedang Russia mengatur semula strategi untuk menawan Kyiv, ibu kota Ukraine.



Presiden AS, Encik Joe Biden, berkata tindakan baru itu secara kolektif akan menggoyahkan lagi ekonomi Russia yang sudah dibelenggu oleh sekatan antarabangsa yang diumumkan sebelum ini yang menjejas teruk matawang rouble dan memaksa pasaran saham Russia ditutup.



Encik Biden berkata: "Melakukannya secara serentak dengan negara-negara lain yang membentuk separuh daripada ekonomi sejagat akan menjadi satu lagi tamparan hebat kepada ekonomi Russia yang sudah menderita teruk akibat sekatan kami."



Langkah-langkah yang diumumkan oleh EU, Amerika Syarikat dan sekutu G7 merupakan sekatan keempat yang diumumkan selepas Russia menyerang Ukraine, 24 Februari lalu.



Langkah terbaru termasuk menghentikan status perdagangan Moscow sebagai "negara paling menjadi pilihan", membuka pintu untuk mengharamkan atau mengenakan tarif punitif ke atas barangan Russia dan meletakkan Russia setanding dengan Korea Utara atau Iran.



Sekatan terbaru akan melarang barangan mewah daripada dieksport dari negara mereka ke Russia, yang bertujuan memberi tamparan kepada golongan elit di Russia.



Sebagai langkah pertama, EU akan melarang import barangan sektor besi dan keluli dari Russia. Sekatan itu juga merangkumi import makanan laut, vodka serta berlian dari Russia.



Presiden EU, Cik Ursula von der Leyen, berkata EU sedang berusaha menggantung hak keahlian Russia bagi pelbagai institusi terkemuka, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, dan membanteras penggunaan aset kripto.



Presiden Biden sekali lagi menyalahkan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, susulan krisis pencerobohan terhadap Ukraine.



"Putin adalah penceroboh dan mesti menerima akibatnya," kata Presiden Biden di Rumah Putih sambil memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, sebelum itu.



Encik Biden juga membidas desakan sesetengah pihak di AS yang mahu tentera negara ini terbabit secara aktif menangani konflik di Ukraine ataupun Washington menyokong 'zon larangan terbang' bagi melindungi negara bekas Soviet itu daripada serangan Russia.



"Idea supaya kita menghantar peralatan menyerang, dengan pesawat, kereta kebal serta kereta api masuk bersama juruterbang dan kru AS... itu dipanggil Perang Dunia Ke-3, okay? Kita harus jelas akan perkara ini. Kita akan mempertahankan setiap inci wilayah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), seluruh pelosoknya termasuk negara anggota yang bersempadan dengan Russia.



"Memang jika kita respons, ia menjadi Perang Dunia Ke-3, namun kita mempunyai kewajipan besar terhadap wilayah Nato... walaupun kita tidak akan bertempur sebagai Perang Dunia Ke-3 di Ukraine," katanya di Philadelphia, semalam.



Sementara itu di Lviv, Ukraine, Presiden Zelensky berkata Ukraine telah mencapai "titik perubahan penting" dalam konflik dengan Russia, sedang tentera Russia terus membedil dengan hebat bandar-bandar di seluruh Ukraine dan kelihatan mengatur strategi untuk melakukan serangan ke atas Kyiv, ibu kota Ukraine.



Gabenor wilayah Kharkiv, yang bersempadan Russia, berkata sebuah hospital psikiatri telah dibedil, sementara datuk bandar Kharkiv berkata 50 sekolah di sana telah musnah.



Di bandar Mariupol, pegawai berkata sekurang-kurangnya 1,582 orang awam terbunuh dalam serangan meriam Russia yang bertali arus sementara kepungan selama 12 hari menyebabkan ratusan ribu orang terperangkap tanpa makanan, air dan bekalan elektrik.



Kementerian Pertahanan Russia berkata pelabuhan Laut Hitam telah dikepung sepenuhnya dan pegawai Ukraine menuduh Russia sengaja menghalang orang awam keluar dan konvoi kemanusiaan untuk masuk.



Usaha baru untuk memindahkan orang awam di sepanjang koridor kemanusiaan dari Mariupol kelihatan gagal, dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Cik Iryna Vereshchuk, berkata, tembakan meriam Russia menghalang orang awam daripada meninggalkan Mariupol.



"Keadaan kini amat kritikal," kata penasihat kementerian dalam negeri Ukraine Encik Vadym Denysenko. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >