Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika ingin hantar angkasawan ke bulan pada 2024

Aug 21, 2019 | 02:17 PM



SEATTLE - KAPAL angkasa lepas Amerika yang pertama yang dijangka mendarat di bulan selepas 50 tahun merupakan sebuah teknologi pendarat bulan robotik yang dibina oleh Astrobotic Technology Inc.



Ia bakal dilancarkan dalam masa dua tahun oleh roket Vulcan milik syarikat United Launch Alliance, syarikat-syarikat itu memberitahu Reuters pada Isnin (19 Ogos).



Astrobotic adalah antara sembilan syarikat yang dipilih pada November lalu untuk bersaing untuk mendapatkan kontrak bernilai S$3.6 bilion untuk membangunkan teknologi kenderaan angkasa yang kecil dan teknologi lain untuk 20 misi demi meneroka permukaan bulan dalam masa sedekad yang akan datang.



Astrobotic yang berpangkalan di Pittsburgh, telah memilih syarikat Vulcan, untuk melancarkan teknologi pendarat bulannya, Peregrine, dari Cape Canaveral Florida pada musim panas 2021.



Astrobotic berkata teknologi Peregrine bakal menjadi kapal angkasa Amerika pertama yang mendarat di bulan sejak angkasawan Apollo menjejaki bulan pada 1972.



Misi tersebut akan membawa pelbagai teknologi dan eksperimen ke bulan di bawah program Nasa, yang akan menetapkan asas untuk ekspedisi angkasawan ke bulan menjelang 2024, di bawah satu pelan optimistik yang ditetapkan oleh pentadbiran Trump.



Sementara itu, terdapat negara lain yang juga berfokuskan pada ekspedisi ke bulan. 



Sebuah teknologi angkasa Cina berjaya mendarat di kawasan hujung bulan pada Januari lalu, manakala robot pendarat bulan Israel, Beresheet, terhempas sewaktu cuba menempuhi misi tersebut pada April lalu. 



Teknologi bulan India, Chandrayaan-2 rover, dilancarkan pada Julai lalu, sedang dalam perjalanan ke kutub selatan bulan, yang belum pernah diterokai oleh mana-mana negara lain. -Agensi Berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >