Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika ingin hubungan positif dengan China di rantau ini, akan bersaing jika perlu

Jun 02, 2018 | 12:11 PM



 





SINGAPURA: Amerika Syarikat bersedia menyokong tindakan China jika ia bertujuan memupuk keamanan masa panjang dan kemakmuran bagi semua negara di rantau ini.



Namun, jika perlu, ia akan ‘bersaing secara rancak’ dengan negara Asia Timur gergasi itu, kata Setiausaha Pertahanan Amerika James Mattis.



“Akan ada kesannya jika China tidak mengendahkan masyarakatn antarabangsa,” kata Encik Mattis, merujuk kepada usaha ketenteraan China di Laut China Selatan - wilayah mengandungi gugusan pulau yang  mencetus persengketaan yang dituntut oleh Vietnam, Filipina, Taiwan, Malaysia dan Brunei.



Antara kesan itu adalah tindakan Amerika untuk tidak mengundang, baru-baru ini,  China menyertai latihan tentera laut Rim of the Pacific (Rimpac), acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Amerika.



“Menggunakan kekerasan untuk bertapak di rantau ini bukanlah cara wajar untuk bekerjasama jangka panjang di rantau yang penting bagi China. Ada kesan yang akan timbul jika mereka tidak mencari jalan bekerjasama dengan jiran yang masing-masing pihak berkepentingan juga,” kata Encik Mattis, memberi amaran.



Namun, Encik Mattis juga berkata bahawa Amerika akan terus memburu ‘hubungan konstruktif yang berpandukan kejayaan’ dengan China dan ia akan ‘bersaing secara rancak’ jika perlu.



Encik Mattis, yang mengetuai Pentagon, berkata demikian di sidang keselamatan Asia Dialog Shangri-la pada Sabtu (2 Jun). Beliau dijangka menimbulkan isu Laut China Selatan, selepas ketegangan baru timbul antara Amerika dengan China baru-baru ini.



 China mengerahkan kapal perang untuk mencabar dua kapal tentera laut Amerika yang belayar di Laut China Selatan minggu lalu. Menurut China, Amerika telah ‘mencerobohi kedaulatan China secara serius’.



Memberi jawapan kepada tuduhan itu, Amerika berkata ia sekadar mengadakan latihan ‘Pergerakan Bebas di Laut’ atau Freedom of Navigation’ yang rutin.



Dalam pada itu, China telah menambah jumlah peluru berpandu dan sistem pertahanan ketenteraan lain di wilayah yang dipertikaikan itu, memperkukuh pangkalan yang dibinanya di kepulauan Paracel dan Spratly.



“Walau China menafikannya, pemasangan sistem senjata ini berkaitan secara langsung kepada penggunan ketenteraan, yang bertujuan mendesak dan menakut-nakutkan,” kata Encik Mattis, yang menambah bahawa Amerika tidak meminta negara di rantau ini untuk menyebelahi sebarang pihak.



Beliau menuduh Presiden China Xi Jinping mengungkir janji yang diutarakannya di Rumah Putih pada 2015, apabila beliau berkata Beijing tidak akan mengerahkan aset tentera ke kepulauan di Laut China Selatan.



Walaupun begitu, Encik Mattis berkata beliau masih berharap memulih hubungan dengan China, dan berkata akan ke Beijing tidak lama lagi untuk mengadakan perbincangan.



 Dalam taklimat 30 minitnya itu, Encik Mattis turut menggariskan semula komitmet Amerika kepada rantau ini dan sokongannya bagi Asean dan wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.



Amerika juga sedang memperkukuh kerjasama dengan India, kata Encik Mattis.



“Usaha silap sangka, Amerika akan kekal berada di Indo-Pasifik,” kata Encik Mattis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >