Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika mahu bincang boikot Sukan Olimpik Beijing dengan sekutu

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin berkata ia akan berbincang dengan sekutunya tentang gesaan untuk memulaukan Olimpik Beijing selepas meningkatnya tekanan untuk tidak mengambil bahagian dalam Temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 disebabkan hak asasi manusia.



"Ia adalah suatu yang tentunya kami mahu berbincang," kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Ned Price bila ditanya jika Amerika mahu pertimbang satu langkah boikot secara bersama dengan sekutunya.



Beliau kemudian mengulangi bahawa Amerika Syarikat tidak ada "sebarang pengumuman berkenaan Olimpik Beijing", tulisnya di Twitter dan "2022 masih jauh tetapi kami akan terus berbincang dengan sekutu rapat dan rakan bagi mengenal pasti keprihatinan bersama dan menentukan pendekatan bersama kami".



Bekas Setiausaha Negara, Encik Mike Pompeo pada awal bulan lalu menggesa Amerika memboikot sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing atas alasan China 'tidak sesuai' menjadi penganjur.



Encik Pompeo mendakwa, China terbabit dengan pelbagai aktiviti 'kotor', sekali gus menyifatkan negara itu tidak layak menganjurkan sukan yang menjadi tempat menzahirkan kebebasan dan bakat atlet.



"Saya berharap atlet kita berpeluang menyertai sukan Olimpik. Mereka memang sangat layak. Namun, kita tidak boleh benarkan atlet Amerika pergi ke Beijing dan mengiktiraf Parti Komunis China atas aktiviti 'kotor' mereka.



"Olimpik adalah medan pernyataan kebebasan dan bakat atlet. Membenarkan mereka ke Beijing jelas sekali tidak wajar," katanya dalam rancangan radio dihoskan Encik Hugh Hewitt.



Encik Pompeo yang lantang mengkritik Beijing ketika menjadi diplomat kanan era Presiden Donald Trump turut berkata, pentadbiran Amerika sebelum ini turut memujuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) memindahkan lokasi Olimpik Musim Sejuk di China.



Beberapa anggota Republikan termasuk bekas Duta ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Cik Nikki Haley turut mencadangkan penganjuran sukan olimpik diboikot.



Boikot itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap Beijing menahan orang Islam Uighur secara massa yang disifatkan Encik Pompeo sebagai 'pembunuhan besar-besaran'.



Pengganti Pompeo, Encik Antony Blinken senada dengan dakwaan itu tetapi Presiden Joe Biden setakat ini tidak menyatakan pendirian berhubung Sukan Olimpik itu yang dijadual berlangsung pada 4 Februari tahun depan.



China mengecam gesaan boikot itu dan menafikan melakukan pembunuhan beramai-ramai etnik Uighur, sebaliknya mendakwa memberikan latihan vokasional kepada minoriti itu untuk mengurangkan ekstremisme Islam.



Amerika sebelum ini pernah memboikot sukan Olimpik Moscow 1980 susulan tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan dan tindakan serupa diambil Soviet yang memboikot Olimpik Musim Panas di Los Angeles empat tahun kemudian. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >