Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Amerika sahkan kes jangkitan ke-14 di San Diego

Feb 13, 2020 | 3:40 PM
DIPINDAH DARI WUHAN: Beberapa orang yang telah dipindahkan dari Wuhan, China kini dikuarantin di Pangkalan Udara Kor Marine, Miramar, San Diego, California. Foto:AFP
DIPINDAH DARI WUHAN: Beberapa orang yang telah dipindahkan dari Wuhan, China kini dikuarantin di Pangkalan Udara Kor Marine, Miramar, San Diego, California. Foto:AFP -

LOS ANGELES - Lagi satu orang yang telah dipindahkan dari Wuhan, China ke sebuah pangkalan Kor Marin berdekatan dengan San Diego, disahkan mempunyai koronavirus, meningkatkan jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat (AS) kepada 14, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Rabu (12 Feb).

Pesakit baru itu merupakan antara 232 individu yang dikuarantin di Stesen Udara Miramar, Kor Marin AS setelah dipindahkan melalui pesawat dari pusat penularan virus itu di Wuhan awal bulan ini, kata seorang jurucakap CDC, Cik Ana Toro.

Sebelum ini, satu lagi kes disahkan pada Isnin (10 Feb) juga daripada kumpulan sama yang dipindahkan dari Wuhan, kata CDC.

Namun, tambah CDC, kededua pesakit itu dijangkiti virus tersebut secara berasingan kerana mereka dipindah melalui pesawat yang lain dan setibanya di pangkalan Miramar, mereka juga ditempatkan di kemudahan kuarantin yang berbeza. Kini mereka sedang dirawat di hospital.

"Pada masa ini, tiada kesan bahawa adanya jangkitan koronavirus melalui hubungan antara orang di kemudahan kuarantin, tetapi CDC akan melaksanakan siasatan dengan teliti sebagai strategi respons untuk mengenal pasti serta membendung kesemua kes jangkitan virus itu," kata Dr Cristopher Braden, Timbalan Pengarah Pusat Nasional CDC bagi Penyakit Baru dan Zoonosis (penyakit berjangkit daripada haiwan) dalam satu kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg