Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amerika Syarikat belum sedia 'buka pintu' untuk pelawat antarabangsa

May 15, 2020 | 2:40 PM
BELUM SEDIA BUKA SEMPADAN NEGARA: Keadaan sepi di laluan yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran dengan garaj meletak kereta akibat penularan koronavirus yang dirakamkan semalam di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.
BELUM SEDIA BUKA SEMPADAN NEGARA: Keadaan sepi di laluan yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran dengan garaj meletak kereta akibat penularan koronavirus yang dirakamkan semalam di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. - - Foto: AFP

WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat telah menutup sebahagian besar perjalanan antarabangsa ke negara itu sejak Mac lalu menerusi beberapa langkah pantas, tetapi untuk memulakannya semula mungkin akan mengambil masa lebih lama, dengan proses dilakukan sedikit demi sedikit yang boleh dirumitkan dengan meningkatnya ketegangan dengan China.

Walaupun Presiden Donald Trump mendorong negeri-negeri Amerika untuk mula membuka semula ekonomi mereka, sempadan negara itu tetap ditutup untuk pelancong dari China dan Eropah.

Sebarang keputusan mengenai pelonggaran sekatan perjalanan akan banyak bergantung pada protokol keselamatan yang dibuat oleh semua negara untuk mengehadkan penyebaran novel koronavirus dan sama ada negara-negara tersebut seterusnya memberi kemasukan kepada warga Amerika, kata pegawai AS kepada agensi berita Reuters.

Penasihat ekonomi Rumah Putih, Encik Larry Kudlow mengatakan minggu lalu bahawa Encik Trump dan pegawai kesihatan Amerika sedang meneliti isu perjalanan antarabangsa tetapi tidak memberikan perincian lebih lanjut.

Encik Trump melaksanakan larangan sementara bagi kebanyakan pelancong yang datang dari China, sumber wabak novel koronavirus, pada bulan Januari dan meletakkan sekatan yang serupa pada pelancong dari Eropah pada bulan Mac.

Amerika Syarikat juga menghentikan perjalanan tidak penting melintasi sempadan bersama dengan Kanada dan Mexico pada Mac lalu dan menghentikan perkhidmatan visa rutin di kebanyakan konsulat Amerika Syarikat di luar negara. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg