Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika tawar jadi hos Apec 2023, iktiraf pasaran Asean penting

Naib Presiden Amerika Kamala Harris turut ulangi komitmen negaranya terhadap rantau ini serta visi kebebasan pelayaran
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



AMERIKA Syarikat telah menawarkan menjadi tuan rumah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada 2023, sedang ia mengiktiraf pasaran Asia Tenggara yang besar dan dinamik.



Membentangkan tawaran itu semalam, Naib Presiden Amerika Kamala Harris berkata keadaan ekonomi Amerika ialah bahagian penting dalam memajukan wawasan optimistik berkenaan kerjasamanya dengan rantau ini.



Dalam satu ucapan dasar di sebuah acara di Gardens By The Bay yang dihos Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan Kedutaan Amerika di Singapura, Cik Harris berkata ekonomi Amerika berkembang lebih cepat daripada apa yang dilihat dalam hampir 40 tahun lalu, dengan kadar gaji dan pekerjaan di negara itu semakin meningkat.



"Kami percaya bahawa pertumbuhan kami tidak perlu terbatas pada negara kami sahaja, bahkan ia boleh dan akan memberi manfaat kepada rakan kerja kami.



"Ekonomi kami banyak berkongsi dengan Asia Tenggara, dari rantaian bekalan hingga aliran perdagangan dua hala stabil," katanya.



Beliau menambah bahawa secara kolektif, negara Asia Tenggara membentuk pasaran eksport keempat terbesar Amerika, dan perdagangan dengan rantau ini menyokong lebih 600,000 pekerjaan di Amerika.



Cik Harris juga berkata dunia sekarang lebih saling terkait dan saling bergantung, dan negara-negara mesti lebih bersedia menghadapi cabaran dan mencipta peluang bersama.



Perkongsian Amerika akan berdasarkan kejujuran, keterbukaan, keterangkuman, kepentingan bersama dan manfaat bersama, dan ia akan memburu wawasan Indo-Pasifik sebagai rantau bebas dan terbuka, serta mempromosikan kepentingan Amerika dan kepentingan rakan dan sekutunya, kata Cik Harris.



"Selain mempererat hubungan dua hala, kami akan bekerja secara berbilang hala melalui institusi lama seperti Asean, yang tetap penting kepada struktur di rantau ini. Kami juga akan bekerjasama dengan kumpulan baru berorientasikan hasil, seperti kerjasama Quad dan Amerika-Mekong," katanya.



Dialog Keselamatan Empat Hala (Quadrilateral), juga dikenali sebagai Quad, ialah dialog strategik antara Amerika, Jepun, Australia dan India.



Kerjasama Amerika-Mekong pula dilancarkan pada 2020 dan membina atas Inisiatif Lower Mekong, bertujuan meningkatkan kerjasama antara pemerintah Amerika, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.



Dalam ucapannya, Cik Harris juga mengulangi komitmen Amerika terhadap rantau ini serta visi kebebasan pelayaran.



Namun China, katanya, terus "memaksa" dan "mengintimidasi", dan membuat tuntutan terhadap sebahagian besar Laut China Selatan.



"Tuntutan tidak sah ini telah ditolak oleh keputusan pengadilan timbang tara 2016, dan tindakan Beijing terus menjejas ketertiban berdasarkan peraturan dan mengancam kedaulatan negara.



"Amerika berdiri bersama sekutu dan rakan kita dalam menghadapi ancaman ini," katanya.



Beliau menambah bahawa penglibatan Amerika di Asia Tenggara dan Indo-Pasifik tidak ditujukan untuk menentang satu negara, mahupun dirancang untuk membuat siapa pun memilih antara negara.



Dalam ucapannya, Cik Harris juga mempertahankan "keputusan berani dan tepat" Presiden Joe Biden untuk menamatkan perang di Afghanistan "kerana kami telah mencapai apa kami ingin lakukan di sana".



Memberi respons, seorang jurucakap kementerian luar China pula menuduh Amerika sebagai bersembunyi di sebalik retorik aturan global berdasarkan peraturan untuk mempertahankan "sikap membuli dan hegemoninya", lapor AFP.



Cik Harris, yang berada di Singapura sejak Ahad lalu bagi lawatan rasmi pertamanya ke republik ini, berangkat ke Vietnam petang semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >