Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Amerika ulangi gesaan sekatan senjata junta Myanmar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERGOLAKAN DI MYANMAR

Amerika ulangi gesaan sekatan senjata junta Myanmar

Ini susuli tragedi pembunuhan termasuk wanita, kanak-kanak pada malam Krismas; Insiden turut babitkan dua pekerja sosial badan NGO, Save the Children
Dec 30, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin memperbaharui gesaan sekatan senjata ke atas junta Myanmar selepas kes pembunuhan beramai-ramai pada malam Krismas lalu.

Setiausaha Negara AS, Encik Antony Blinken, berkata tragedi itu turut menyaksikan dua kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children, turut terbunuh dan mayat mereka rentung dibakar.

"Menyasarkan orang tidak bersalah dan aktivis kemanusiaan tidak boleh diterima, kekejaman meluas tentera terhadap rakyat Myanmar memaksa AS menuntut anggotanya bertanggungjawab.

"Masyarakat antarabangsa mesti melakukan lebih banyak lagi tindakan untuk meneruskan matlamat ini dan mencegah berulangnya kekejaman di Myanmar.

"Ini termasuk menamatkan penjualan senjata dan teknologi dwiguna kepada tentera," katanya dalam satu kenyataan.

Pejuang antijunta berkata, mereka menemui lebih 30 mayat rentung, termasuk wanita dan kanak-kanak, di lebuh raya wilayah Kayah.

Save the Children semalam mengesahkan kematian dua pekerjanya yang terperangkap dalam tragedi itu.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa pada Februari lalu, dengan lebih 1,300 orang terbunuh akibat tindakan keras oleh pasukan keselamatan, menurut kumpulan pemantau tempatan.

AS sudah mengenakan beberapa siri sekatan ke atas pemimpin junta, sementara negara Barat lain sudah lama mengehadkan jualan senjata kepada tentera Myanmar.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), yang mengundi pada Jun lalu, memutuskan menghalang penghantaran senjata ke Myanmar.

Namun ia hanya tindakan simbolik, memandangkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang lebih berkuasa tidak mengambil pendirian sama.

China dan Russia, yang memegang kuasa veto dalam UNSC serta negara jiran, India, adalah pembekal senjata utama kepada Myanmar.

Kelmarin terpampang beberapa gambar di media sosial menunjukkan dua trak dan sebuah kereta dibakar di lebuh raya di bandar Hpruso dekat timur negeri Kayah, mengandungi sejumlah mayat yang rentung dalam kenderaan itu.

Seorang anggota kumpulan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) tempatan mendakwa pejuangnya menemui kenderaan terbabit pagi semalam, selepas mendengar tentera menghentikan beberapa kenderaan di Hpruso selepas bertempur dengan anggotanya pada 24 Disember lalu.

"Apabila kami pergi memeriksa kawasan berkenaan pagi tadi, kami menemui mayat yang rentung dalam dua trak. Kami jumpa 27 mayat," katanya yang enggan dikenali kepada agensi berita AFP.

Saksi lain, yang juga enggan namanya disiarkan, mendakwa dia juga ada menemui 27 tengkorak.

"Tetapi terdapat mayat lain dalam trak yang dibakar hangus sehingga menyukarkan kami menghitung jumlah mayat yang ada," dakwanya.

Menurut Ketua Eksekutif Save the Children, Cik Inger Ashing, dua kakitangannya yang juga warga Myanmar, terperangkap dalam tragedi itu dan masih hilang selain mendakwa kenderaan yang dinaiki mereka telah diserang dan dibakar.

"Kakitangan itu sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja kemanusiaan di wilayah terbabit dan kehilangan mereka memaksa kami menggantung operasi di beberapa wilayah.

"Kami ngeri dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang yang tidak bersalah termasuk kakitangan kami, mereka begitu berdedikasi dalam usaha kemanusiaan, menyokong jutaan kanak-kanak seluruh Myanmar," katanya.

Junta Myanmar pula mendakwa tenteranya diserang di Hpruso sehari sebelum Krismas, selepas cuba memberhentikan tujuh kereta yang dipandu secara mencurigakan.

Badan pemantau, The Myanmar Witness, pula menyatakan pihaknya mengesahkan beberapa laporan media tempatan yang memetik maklumat saksi, mendakwa 35 mangsa termasuk kanak-kanak dan wanita dibunuh dan dibakar oleh tentera di Hpruso semasa kejadian itu. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3