Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika umum sekatan ke atas Myanmar; lebih 170 ditahan junta

Ribuan rakyat Myanmar tunjuk perasaan buat hari kelima berturut-turut; Biden gesa pembebasan pemimpin, aktivis politik demokratik yang ditahan
Feb 12, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, kelmarin mengumumkan sekatan terhadap pemimpin tentera Myanmar serta menuntut mereka melepaskan kuasa, selepas puluhan ribu rakyat turun ke jalan berhimpun di ibu kota untuk hari kelima berturut-turut bagi menuntut kembalinya demokrasi.



Perintah eksekutif yang dikeluarkan Amerika itu tidak diendahkan junta tentera yang sejauh ini telah menahan lebih 170 orang dengan beberapa daripada mereka ditahan malam kelmarin.



Sumber mendedahkan kepada Berita Harian (BH) semalam, antara yang ditahan termasuk Dr Zaw Wai Soe, yang mengetuai usaha Myanmar memerangi penularan pandemik Covid-19.



Warga Australia Encik Sean Turnell, penasihat kepada Cik Aung San Suu Kyi, ditahan pada Sabtu lalu.



"Ada yang ditahan telah dibebaskan. Ada yang ditahan pada 2 Februari. Malam tadi (kelmarin) mereka semua telah ditahan lagi. Semua adalah anggota NLD (Liga Kebangsaan bagi Demokrasi).



"Dr Zaw adalah Presiden Rektor Universiti seluruh Myanmar dan bekerja rapat dengan pemerintah NLD dalam menangani pandemik Covid-19," kata sumber itu kepada akhbar ini.



Rakyat Myanmar telah membantah kudeta dengan tunjuk perasaan terbesar di Yangon, menyaksikan orang ramai mengerumuni ibu kota itu dan meminta pembebasan Cik Suu Kyi yang digulingkan dalam rampasan kuasa minggu lalu.



Penunjuk perasaan berdepan sekatan polis selepas pihak berkuasa mengalihkan pergerakan mereka ke tempat lain menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah serta meningkatkan sekatan terhadap parti pemimpin yang digulingkan.



Peningkatan jumlah penunjuk perasaan terhadap demonstrasi di negara itu meningkat secara tiba-tiba, mendorong kecaman antarabangsa selepas pihak berkuasa melepaskan tembakan rambang ketika tunjuk perasaan di Naypyidaw, yang menjadi ibu kota Myanmar sejak 2005.



Encik Biden memaklumkan pentadbirannya menyekat akses dana AS$1 bilion ($1.33 bilion) di Amerika ke atas jeneral Myanmar dan akan segera melancarkan sekatan baru.



"Saya sekali lagi meminta tentera Myanmar untuk segera membebaskan pemimpin dan aktivis politik demokratik yang ditahan termasuk Suu Kyi dan Presiden Win Myint. Tentera mesti lepaskan kuasa," kata Encik Biden seperti yang dilapor agensi berita AFP.



Gambar yang menunjukkan saat-saat seorang wanita ditembak muncul di sepanduk protes besar semalam serta banyak dikongsi dalam media sosial bersama dengan mesej kesedihan dan kemarahan.



"Mereka menembak seorang wanita muda namun mereka tidak boleh merampas harapan dan pendirian jelas mereka," kata pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Tom Andrews, kelmarin.



Orang ramai berhimpun dekat kediaman Cik Suu Kyi tanpa mempedulikan sekatan polis rusuhan yang berdiri di trak meriam air tidak jauh dari rumahnya.



Ucapan Encik Biden dibuat selepas Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Encik Josep Borrell, memberi amaran kesatuan itu boleh mengenakan sekatan baru terhadap tentera Myanmar, namun menjelaskan setiap langkah yang diambil perlu mengelak kesan yang lebih buruk kepada penduduknya.



Seorang pembantu utama Cik Suu Kyi ditahan 5 Februari lalu.



Penangkapan itu menyusuli penahanan Cik Suu Kyi dan Presiden Myanmar, Encik U Win Myint, pada 1 Februari lalu.



Menurut NLD dalam satu laman Facebook disahkan, pendukung parti itu, Encik Win Htein, meninggalkan Naypyidaw, pada 4 Februari untuk ke Yangon sebelum ditahan.



"Beliau ditangkap ketika tinggal di rumah anak perempuannya pada tengah malam (di Yangon)," kata pegawai media parti itu, Encik Kyi Toe, yang turut memaklumkan bahawa Encik Win Htein ditahan di balai polis Naypyidaw.



Encik Win Htein, 79 tahun, adalah banduan politik yang banyak kali ditahan kerana berkempen menentang pemerintahan tentera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >