Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amirudin Shari Menteri Besar baru Selangor

Jun 19, 2018 | 3:18 PM
MB SELANGOR: Encik Amirudin Shari mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar baru Selangor hari ini.
MB SELANGOR: Encik Amirudin Shari mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar baru Selangor hari ini. - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

KLANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, Selangor, Encik Amirudin Shari, mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-16 Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini (19 Jun).

Encik Amirudin, 38 tahun, mengambil alih jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Azmin Ali, yang telah berpindah ke Kerajaan Persekutuan untuk mengambil jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Identiti menteri besar baru dirahsiakan hingga saat akhir. Menurut sumber, tiga nama - Encik Amirudin; Adun Ijok, Dr Idris Ahmad; dan Adun Setia, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin - dikemukakan kepada Sultan Sharafuddin untuk pertimbangan beliau, lapor The Star Online.

Encik Amirudin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan ahli exco Selangor bagi Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan sebelum pelantikannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg