Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amnesty: Ada bukti tentera Russia lakukan jenayah perang dekat Kyiv

May 06, 2022 | 10:14 PM



KYIV: Amnesty International pada Jumaat (6 Mei) berkata terdapat bukti kukuh bahawa tentera Russia telah melakukan jenayah perang, termasuk hukuman mati di luar bidang kehakiman (extrajudicial) terhadap orang awam, apabila mereka menduduki kawasan di luar ibu negara Ukraine pada Februari dan Mac.


Orang awam juga mengalami penganiayaan seperti "tembakan melulu dan penyeksaan" di tangan tentera Russia semasa serangan mereka yang gagal ke atas Kyiv pada peringkat awal pencerobohan yang dilancarkan oleh Kremlin pada 24 Februari, kata kumpulan hak asasi manusia itu dalam satu laporan.


"Ini bukan kejadian terpencil. Ini adalah sebahagian daripada corak di mana sahaja tentera Russia mengawal sebuah bandar atau kampung," kata penasihat kanan tindak balas krisis Amnesty, Encik Donatella Rovera, di sidang akhbar di Kyiv.


Maklumat yang dikumpul oleh kumpulan itu "boleh digunakan, mudah-mudahan, untuk mempertanggungjawabkan pelaku, jika tidak hari ini, satu hari di masa hadapan", katanya.


Russia, yang menggelar pencerobohannya sebagai "operasi khas" untuk melucutkan senjata Ukraine dan melindunginya daripada fasis, menafikan tenteranya melakukan penganiayaan. Kyiv dan penyokong Baratnya berkata dakwaan fasisme adalah alasan palsu untuk perang pencerobohan tanpa provokasi.


Pihak berkuasa Ukraine berkata mereka sedang menyiasat lebih 9,000 kemungkinan jenayah perang oleh tentera Russia. Mahkamah Jenayah Antarabangsa juga sedang meneliti dakwaan jenayah perang.


Laporan Amnesty itu adalah yang terbaru untuk mendokumentasikan dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Russia apabila mereka menduduki kawasan barat laut Kyiv, termasuk bandar Bucha, di mana pihak berkuasa Ukraine berkata lebih 400 orang awam terbunuh. Moscow menarik balik tenteranya pada awal April.  - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >