Amnesty: Polis Filipina mungkin laku jenayah kemanusiaan
Premium
Amnesty: Polis Filipina mungkin laku jenayah kemanusiaan
Feb 2, 2017 | 5:30 AM
BENTANGKAN LAPORAN: Encik Wilnor Papa dan Sister Maria Cordero, daripada Amnesty International bersama salinan laporan mereka yang menunjukkan gambar mayat pesalah dadah yang ditembak mati pihak polis. - Foto AFP -
MANILA: Polis Filipina mungkin melakukan jenayah kemanusiaan dengan membunuh individu didakwa pesalah dadah atau membayar pihak lain membunuh mereka sebagai sebahagian perang dadah yang dilancarkan Presiden Rodrigo Duterte, kata Amnesty International.
Laporan Amnesty, yang menyusul siasatan mendalam mengenai perang dadah, juga menggariskan apa yang dikatakan jenayah lain dilakukan polis selain pembunuhan di luar undang-undang yang menyasarkan penduduk miskin.

