Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amy Search turun padang

Dec 25, 2021 | 5:30 AM
BERI SOKONGAN: Amy Search (kanan) mengedarkan kopi yang dibancuh di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada semua mangsa dan petugas secara percuma. - Foto MUNIR MOHD ISA
BERI SOKONGAN: Amy Search (kanan) mengedarkan kopi yang dibancuh di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada semua mangsa dan petugas secara percuma. - Foto MUNIR MOHD ISA -

KUALA LUMPUR: Bagi penyanyi dan pelakon Datuk Suhaimai Rahman yang juga dikenali sebagai Amy Search dan pelakon filem serta drama, Azhan Rani, mereka tidak dapat melelap mata untuk tidur apabila mengenang kejadian banjir yang meragut banyak nyawa dan kehilangan harta benda dalam sekelip mata saja.

Berikutan itu, kededua mereka menggunakan cara tersendiri untuk membantu mangsa banjir melalui rakan sukarela yang tidak penat membantu hanya kerana begitu simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir tersebut.

Amy bersama relawan Summit Attack Resources (SAR); As Siddiq Aid dan Amy Search Phewiiit Coffee turun ke kawasan perumahan Persiaran Hamzah dan SMK Meru, Klang, untuk membantu membersihkan kediaman dan sekolah selain memberi bantuan pakaian pada 23 Disember lepas.

Azhan pula bersama relawan Pajero Revolution Community@PRC; ECJ CARES dan HZ Auto Service memulakan mengantar bantuan makanan dan peralatan keperluan harian di Meru, Ijok, Puchong Selangor dan Bentong, Pahang, sejak Isnin lepas.

Datuk Amy berkata sejak hari pertama bencana lagi beliau amat tersentuh apabila membaca dan melihat video serta gambar dengan nasib mereka yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda yang tidak ternilai harganya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg