Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak Fauziah Nawi dikebumikan

Oct 28, 2019 | 12:19 PM
Fauziah Nawi kelihatan sebak apabila jenazah anaknya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif, pulang ke kediamannya. - Foto FAUZIAH NAWI/INSTAGRAM
Fauziah Nawi kelihatan sebak apabila jenazah anaknya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif, pulang ke kediamannya. - Foto FAUZIAH NAWI/INSTAGRAM -

PELAKON terkemuka Malaysia, Fauziah Nawi kelihatan sebak apabila jenazah anak lelakinya pulang di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur 12.30 malam tadi (28 Oktober).

"Tak mengapa" kata Fauziah, 66 tahun, apabila keranda anak sulungnya, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 tahun, dibuka di depannya.

Mayat Allahyarham Firdaus, atau lebih dikenali sebagai Pitt Haniff, ditemui oleh pasukan penyelamat pada 4.25 petang semalam (27 Oktober) setelah dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Lipis pada 11 pagi.

Dipercayai Allahyarham Firdaus berada di kawasan itu untuk perfileman 'Coast Guard', yang telah bermula dua bulan lalu.

Jenazah pengarah filem 'Coast Guard' itu dibawa pulang ke rumah Fauziah sekitar 10.30 malam untuk solat jenazah.

Fauziah amat berterima kasih kepada kesemua yang telah menolong untuk mencari anaknya.

Lebih 300 rakan artis, saudara mara, ahli keluarga dan kenalan hadir untuk memberikan pennghormatan terakhir.

Jenazah Firdaus telah dikebumikan pada 2.30 pagi tadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg