Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnak Gabenor Jawa Barat yang maut di sungai Switzerland dikebumi
Anak Gabenor Jawa Barat yang maut di sungai Switzerland dikebumi
Anak Gabenor Jawa Barat yang maut di sungai Switzerland dikebumi
BANDUNG: Puluhan ribu orang memenuhi jalan-jalan di kota Bandung, Indonesia, kelmarin, meratapi kematian anak gabenor, yang ditemui mati di sungai Switzerland minggu lalu.
Kehilangan Emmeril "Eril" Kahn Mumtadz bulan lalu mendapat perhatian negara, dengan rakyat Indonesia menyiarkan imej dan video dalam talian anak sulung kepada Encik Ridwan Kamil, gabenor wilayah yang paling ramai penduduknya di Indonesia di Jawa Barat.
Kompas.com. melaporkan lelaki berusia 22 tahun itu hilang di Sungai Aare di ibu negara Switzerland, Bern, pada 26 Mei lalu ketika berenang bersama adik perempuan dan rakan-rakannya
Pihak berkuasa Switzerland telah menjumpai mayatnya di empangan selepas pencarian selama 12 hari dan menghantarnya pulang ke Indonesia pada Ahad lalu.
Orang ramai berkumpul di Bandung, ibu kota Jawa Barat, bagi mengucapkan selamat tinggal kepada anak ahli politik itu menerusi siaran pengebumian di televisyen nasional.
Ramai yang menangis teresakesak dan dilihat melambai-lambai kepada keluarganya ketika mereka pergi ke tanah perkuburan di samping jenazahnya.
Beberapa orang yang berkabung mengembara dari pulau lain di Indonesia untuk memberi penghormatan, lapor media tempatan
"Saya percaya Eril sangat gembira sekarang dan dia aman. Kami juga dalam keadaan aman dan kami telah menerima apa yang berlaku," kata bapanya kepada pemberita di luar tanah perkuburan itu.
Encik Kamil ialah mantan Datuk Bandar Bandung dan salah seorang ahli politik paling popular di Indonesia, sering dinamakan sebagai salah seorang tokoh yang dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden 2024.
