Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Jamal Khashoggi ampunkan pembunuh bapa mereka

May 22, 2020 | 02:15 PM



RIYADH: Anak lelaki kepada wartawan yang dibunuh kejam di Turkey, Jamal Khashoggi, mengumumkan menerusi Twitter hari ini, beliau sudah memaafkan pembunuh bapa mereka.



Dalam kenyataan yang dimuatnaik hari ini, Encik Salah Khashoggi berkata, keluarganya mengampunkan mereka yang membunuh bapanya pada 2018 semasa beliau mengunjungi konsulat Arab Saudi di Istanbul. 



"Bersempena malam bulan suci (Ramadan) ini kami mengingati firman Allah: Jika seseorang mengampuni dan kembali berdamai, ganjarannya adalah di sisi Allah."



"Oleh itu, kami anak-anak (bapa kami yang mati) syahid Jamal Khashoggi mengumumkan bahawa kami mengampunkan mereka yang membunuh bapa kami, dan mengharapkan ganjaran Allah swt," ujarnya.



Allahyarham Khashoggi kali terakhir dilihat di konsulat Arab Saudi di mana beliau kunjungi untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pernikahannya.



Khashoggi yang dianggap kritikal terhadap beberapa dasar yang dilaksanakan oleh keluarga diraja Arab Saudi dibunuh dengan anggota badannya dikerat dalam kejadian di bangunan konsulat, dekat Istanbul pada 2 Oktober 2018.



Sehingga kini jenazahnya belum ditemui. 



Pembunuhan itu menimbulkan kemarahan sedunia.



Operasi bagi menyiasat kes itu membabitkan 15 ejen yang dihantar dari Riyadh.



Beberapa pemerintah Barat, termasuk Pusat Risikan Amerika Syarikat (CIA), berkata, mereka percaya Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) memerintahkan pembunuhan itu.



Menurut pendakwa raya pada Disember lalu, daripada 11 individu yang didakwa dalam kes itu, lima dijatuhkan hukuman mati, tiga lagi dipenjara selama 24 tahun, manakala suspek lain dibebaskan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >