Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak lelaki berusia 2 tahun diterkam harimau bintang di taman safari Thailand

Aug 29, 2019 | 08:01 AM



SEORANG budak lelaki, dua tahun, diterkam seekor harimau bintang di Taman Safari Namuang di Koh Samui, Thailand.



Harimau bintang itu telah dibebaskan dari sangkarnya oleh salah seorang keluarga mangsa, menurut Asia One.



Budak lelaki itu, Adik Orr Burns, dan beberapa saudaranya, semuanya dari Israel, telah pergi bersiar-siar ke taman tersebut pada 22 Ogos lalu, apabila kejadian itu berlaku.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang saudara mangsa telah membuka pintu sangkar harimau bintang itu.



Apabila berdepan dengan harimau bintang itu, beliau mundur, tetapi tetap membiarkan pintu sangkar terbuka. 



Melihat pintu sangkarnya terbuka, harimau bintang itu meluru keluar, lalu menyebabkan keadaan sekitar menjadi panik.



Harimau itu kemudian menerkam mangsa, menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai.



Menurut bapa saudara mangsa, Encik Rafe Benvenisti, harimau bintang itu tidak melepaskan anak saudaranya hingga seorang pengunjung lain menendang kepalanya.



Seorang kakitangan taman safari itu berjaya mengembalikan harimau itu ke sangkarnya kurang dari 10 saat selepas ia melarikan diri.

 

Adik Orr kemudian dihantar ke Hospital Bangkok Samui, di mana tulang pipinya disahkan patah. 



Adik Orr kini dalam keadaan stabil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >