Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak, menantu Jokowi antara penerima pingat khidmat cemerlang

Apr 25, 2024 | 01:37 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, merancang menganugerahkan pingat khidmat cemerlang kepada beberapa pemimpin wilayah, termasuk anak sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Encik Bobby Nasution.


Anugerah pingat Satyalancana Karya Bhakti Praja Nugraha itu diberi sebagai penghormatan awam oleh presiden kepada pemimpin wilayah yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam kepimpinan mereka.

Encik Jokowi dilaporkan akan menyampaikan anugerah tersebut kepada 15 pemimpin wilayah pada 25 April sempena hari autonomi wilayah ke-28, di Surabaya, Jawa Timur.

Rekod menunjukkan beliau ada kecenderungan memberi penghormatan awam kepada ahli keluarga atau kalangan dalamannya, lapor The Jakarta Post.


Pada 2023 misalnya, Encik Jokowi menganugerahkan isterinya, Wanita Pertama Iriana, Bintang Republik Indonesia Adipradana, yang merupakan salah satu anugerah awam tertinggi Indonesia.

Beliau juga memberi satu lagi penghormatan tinggi, Bintang Mahaputra Adipradana, kepada Wanita Kedua, Cik Wury Estu Handayani.

Mereka antara 18 tokoh yang dianugerah Presiden Jokowi dengan penghormatan awam pada masa itu, termasuk dua anggota kalangan dalamannya: kakitangan khas kepada presiden, Encik Ari Dwipayana dan Encik Sukardi Rinakit.

Encik Gibran, iaitu bakal naib presiden, sekarang adalah Mayor Surakarta di Jawa Tengah, sementara Encik Bobby Mayor Medan di Sumatera Utara.

Gabenor Jawa Timur, Cik Khofifah Indar Parawansa, dan Mayor Surabaya, Encik Eri Cahyadi, turut disenaraikan antara penerima anugerah kali ini.

Encik Eri berkata Presiden Jokowi membuat pemilihan selepas menyemak Penilaian Pengurusan Pentadbiran Wilayah 2022.

“Anugerah ini akan diberikan kepada pemimpin wilayah yang menunjukkan pencapaian (luar biasa) dalam (memimpin) wilayah masing-masing.

“Saya akan menjadi Mayor Surabaya pertama yang menerima pingat Satyalancana Karya Bhakti Praja Nugraha,” kata Encik Eri pada 23 April, lapor Tempo.co.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >