Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Najib anggap sambutan Hari Raya "tiada erti"

Apr 22, 2023 | 10:30 PM



KUALA LUMPUR: Anak bekas perdana menteri Najib Tun Razak, Cik Nooryana Najib, hari ini (22 Apr) menyifatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai "tiada erti".



Menyatakan demikian dalam video yang dimuatnaikkan ke media sosial, beliau berkata:



“Hari raya kali ini tiada erti buat kami sekeluarga kerana selalunya ayah sentiasa berada di sisi kami.



“Yana amat terkesan apa yang berlaku terhadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara.”



Itulah luahan hati anak perempuan pada pagi 1 Syawal mengenangkan bekas perdana menteri Najib Razak itu yang didapati bersalah dan kini meringkuk di penjara bagi menjalani hukuman 12 tahun setelah didapati bersalah dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram SRC International, lapor Malaysiakini.



Menerusi hantaran di media sosial, Nooryana Najib berkongsi suasana suram sambutan Hari Raya keluarganya tahun ini - yang pertama sejak Najib dipenjarakan pada Ogos tahun lalu.



Dalam video sepanjang satu minit dan 30 saat yang memaparkan gambar-gambar sambutan Hari Raya bapanya pada tahun-tahun sebelum ini, Nooryana - lebih dikenali sebagai Yana - mengimbau tradisi lazim keluarga mereka.



“Menjelang raya kebiasaannya Yana akan memilih baju raya ayah. Kami sekeluarga juga akan mendapatkan kain yang sepadan warnanya. 



“Ayah juga mengingatkan kami sediakanlah rendang kegemarannya. Nak makan dengan lemang resepi Mak Wan dari Seremban belah ibu.



“Sebelum raya kami semua tentutnya akan menziarahi kubur atuk dan nenek. Di pagi raya kami bersalaman memohon ampun dan maaf dan semestinya semua hadir bergambar sekeluarga.



“Sudah tiada tahun ini. Apakah ertinya raya bagi kami tanpa ayah. Di mana kemeriahannya gambar keluarga tahun ini. 



“Raya tahun ini tidak bermakna kepada kami lagi,” katanya.



Kata Yana lagi, dia sangat rindu untuk berjumpa dengan bapanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >