SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anak sulung Jokowi akan nikahi Ratu Cantik Surakarta

Anak sulung Jokowi akan nikahi Ratu Cantik Surakarta

May 25, 2015 | 12:46 PM

Anak sulung Jokowi akan nikahi Ratu Cantik Surakarta

18850f58-0ffd-42cf-8c40-fa3e6ae94cd9
-

JAKARTA: Anak lelaki Presiden Joko "Jokowi" Widodo, Encik Gibran Rakabuming Raka, akan melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ratu Cantik Surakarta 2009, Cik Selvi Ananda, 11 Jun ini.

Perkahwinan itu akan diadakan di Surakarta (Solo), bandar di mana Jokowi berkhidmat sebagai datuk bandar selama tujuh tahun antara 2005 hingga 2012.

Encik Gibran dan Cik Selvi berkenalan sejak enam tahun lalu ketika anak sulung Presiden Jokowi itu menjadi juri pertandingan ratu cantik yang disertai Cik Selvi.

Ketika memenangi pertandingan itu, ibu Encik Gibran, Cik Iriani Widodo yang kini Wanita Pertama Indonesia meletakkan mahkota kemenangan di kepala Cik Selvi.

Pengerusi Persatuan Ratu Cantik Solo, Encik Febri Hapsari Dipokusumo memberitahu akhbar The Jakarta Post, hubungan itu mendapat restu kedua ibu bapa Gibran.

Berusia 27 tahun, Gibran adalah anak sulung daripada tiga beradik dan kini menguruskan perniagaan katering di Surakarta sejak 2010.

Selvi, 26 tahun, pula bekerja di sebuah bank di bandar sama dan kini telah menamatkan khidmatnya untuk memberi tumpuan kepada majlis pernikahannya.

Majlis berkenaan akan diadakan selama tiga hari bermula 9 Jun. - Jakarta Pos, Antara.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg