Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DARI SEBERANG

Anak sulung Najib disebut akan bertanding dalam pilihan raya M'sia

Aug 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Anak lelaki sulung mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, telah disebut-sebut bakal bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang, sedang Datuk Seri Najib menghadapi rayuan terakhir terhadap sabitan rasuahnya minggu depan.



Datuk Mohd Nizar Najib, 44 tahun, disebut-sebut sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pekan jika bapanya, yang telah memegang kerusi itu selama lebih empat dekad, tidak layak bertanding, menurut akhbar harian Utusan Malaysia.



Ini dilaporkan sedang Datuk Seri Najib, 69 tahun, dijadual memulakan pembelaan terakhirnya terhadap sabitan rasuah dan hukuman penjara 12 tahun pada akhir bulan ini.



Datuk Seri Najib kini akan terlepas bertanding dalam pilihan raya akan datang melainkan mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan, membatalkan sabitan rasuahnya.



Mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, telah membuat keputusan terhadapnya.



Beliau kini diikat jamin sementara menunggu rayuan terakhirnya, yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 26 Ogos.



Datuk Nizar telah lama dipersiapkan untuk menjadi pengganti bapanya dalam politik.



Beliau kini adalah ketua pemuda divisyen Umno di Pekan, kawasan di mana bapanya adalah Ahli Parlimen.



Datuk Nizar, seorang akauntan dan bapa kepada lima anak, adalah anak lelaki sulung Datuk Seri Najib daripada perkahwinan pertamanya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.



Beliau mempunyai dua adik dan dua adik tiri berikutan perkahwinan kedua Datuk Seri Najib dengan Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga sedang menghadapi tuduhan rasuah.



"Beliau adalah calon yang paling berkemungkinan untuk meneruskan legasi Tun Abdul Razak," lapor Utusan Malaysia, yang memetik sumber.



Kerusi parlimen Pekan dipegang keluarga itu sejak 1959.



Bapa Datuk Seri Najib, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua Malaysia, memegang kerusi itu dari 1959 hingga pemergiannya pada 1976.



Datuk Seri Najib, yang ketika itu baru berusia 23 tahun, menjadi tumpuan selepas kematian mengejut bapanya dan menjadi Ahli Parlimen Pekan pada 1976, dan memegang kerusi itu sehingga hari ini.



Walaupun ketika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum buat kali pertama dalam sejarah Malaysia pada 2018 di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau dengan selesa mengekalkan kerusinya di Pekan, dengan majoriti lebih 24,000 undi.



Datuk Nizar juga dijangka akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya akan datang, yang mungkin mengikut jejak langkah kedua-dua bapa dan datuknya, lapor Utusan Malaysia.



Kedua-dua Allahyarham Tun Haji Abdul Razak dan Datuk Seri Najib juga memegang kerusi DUN dan seterusnya menjadi Menteri Besar Pahang pada awal kerjaya politik mereka, sebelum menjadi perdana menteri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >