Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak tiri Najib beri keterangan buat hari keempat

Jul 06, 2018 | 03:45 PM



PUTRAJAYA: Anak tiri mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Encik Riza Aziz, kembali lagi buat hari keempat bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (6 Julai).



Encik Riza tiba di pejabat SPRM sekitar 9.45 pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Difahamkan, peguamnya, Datuk K Kumaraendran, turut hadir di pejabat SPRM itu tadi.



Encik Riza, 41 tahun, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street dengan menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.



Pada 19 November 2012, Encik Riza dilaporkan membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.



Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, sebagai menyatakan hartanah itu dilengkapi dengan tujuh buah bilik bernilai RM110 juta (S$37 juta).-BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >