Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS ancam semuka jika Iran tak kerjasama lebih dengan pemantau nuklear

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



VIENNA: Amerika Syarikat mengancam akan bersemuka dengan Iran di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bulan depan, jika Teheran tidak memberi kerjasama lebih baik kepada badan pemantau itu - keadaan yang boleh menggugat rundingan bagi memulihkan perjanjian nuklear 2015 bersama Iran.



Teheran kini berdepan beberapa ketegangan dengan IAEA, yang Lembaga Gabenornya, yang dianggotai 35 negara, akan mengadakan mesyuarat suku tahunannnya minggu ini.



Mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengundurkan Washington daripada perjanjian Rancangan Tindakan Bersama Menyeluruh (JCPOA) 2015 itu, yang menarik balik sekatan ke atas Iran jika Teheran mematuhi sekatan ke atas kegiatan atomiknya.



Encik Trump mengenakan semula sekatan ketat selepas Teheran meluaskan kegiatan nuklearnya dan mengurangkan kerjasama dengan IAEA.



Iran kini menafikan agensi itu akses untuk memasang semula kamera pemantauan di bengkel di kompleks nuklear TESA Karaj.



IAEA juga mahu jawapan tentang asal bahan uranium yang ditemui di tapak lama tetapi tidak diisytiharkan, dan berkata Iran "terus melakukan pemeriksaan fizikal melampau ke atas inspektor" yang ditugaskan agensi itu.



Dalam satu kenyataannya kepada Lembaga Gabenor IAEA Khamis lalu, Amerika berkata: "Jika tindakan Iran tidak bekerjasama tidak diperbetul segera... lembaga ini tiada pilihan kecuali mengadakan semua sesi tergempar sebelum akhir tahun ini bagi membincangkan krisis ini."



Ia berkata itu merujuk terutamanya kepada pemasangan kamera IAEA di tapak Karaj, yang membuat bahagian canggih untuk centrifuj bagi memperkasa uranium.



Bengkel itu menghadapi apa yang kelihatan sebagai sabotaj pada Jun, yang menurut Iran adalah serangan oleh Israel. Salah satu daripada empat kamera IAEA yang dipasang di situ musnah dan rakamannya hilang. Iran menanggalkan semua kamera itu selepas kejadian tersebut.



Israel tidak mengulas mengenai kejadian itu.



Pengarah IAEA, Encik Rafael Grossi, berkata Rabu lalu beliau tidak tahu apakah bengkel itu telah beroperasi semula, dan masa semakin suntuk untuk mencapai perjanjian, tetapi menambah bahawa beberapa kemajuan telah dicapai berkaitan pertikaian lain.



Mesyuarat tergembar Lembaga Gabenor kemungkinan besar bertujuan meluluskan resolusi terhadap Iran, satu peningkatan ketegangan diplomatik yang mungkin menambahkan kemarahan Teheran.



Itu boleh menjejas perbincangan tidak langsung antara Iran dan Amerika untuk menghidupkan semula perjanjian 2015 itu, yang akan disambung semula esok. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >