Topik diikuti
Pergi ke BHkuAncaman bom paip di AS: Usaha kesan pengirim dipertingkat
Ancaman bom paip di AS: Usaha kesan pengirim dipertingkat
Ancaman bom paip di AS: Usaha kesan pengirim dipertingkat
DIKAWAL POLIS: Satu bungkusan bom paip dikatakan turut dihantar ke sebuah restoran milik pelakon Robert De Niro di bangunan Tribeca Film Center di New York. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 27, 2018 | 5:30 AM
WASHINGTON: Ejen federal memeriksa sebuah kemudahan mel Amerika Syarikat dekat Miami malam kelmarin dalam usaha mencari orang yang menghantar 10 bom paip kepada ahli parti Demokrat dan pengkritik terkemuka Presiden Donald Trump, dengan maklumat menunjuk bungkusan itu mungkin datang dari Florida.
Penyiasat menganggap alat yang dikirim itu sebagai bahan letupan "hidup", bukan olok-olok, kata Encik James O'Neill, pesuruhjaya polis New York City, tempat dua lagi bungkusan itu muncul.