Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota G20 kutuk serangan Russia, Yellen dan pegawai lain pulau wakil Moscow

G20
Apr 22, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pegawai tinggi dari Britain, Amerika Syarikat dan Canada meninggalkan mesyuarat Kumpulan 20 (G20) kelmarin dan ramai anggota kumpulan itu mengutuk keras serangan Russia ke atas Ukraine, langsung mendedahkan perbezaan mendalam antara ekonomi besar.



Menteri Kewangan Indonesia, Cik Sri Mulyani Indrawati, yang mempengerusikan mesyuarat para pegawai kewangan itu di Washington, mengakui badan tersebut menghadapi cabaran tidak diduga, namun menggesa kerjasama bagi mengatasi perkembangan ekonomi yang semakin perlahan.



"Ini satu keadaan luar biasa," kata Cik Sri Mulyani pada wartawan selepas mesyuarat tersebut. "Ia bukan keadaan biasa. Ia situasi yang bergolak dan mencabar."



G20 merangkumi negara barat yang menuduh Moscow melakukan jenayah perang di Ukraine dan China, India, Indonesia dan Afrika Selatan, yang kesemuanya tidak menyertai sekatan terhadap Russia yang diketuai negara barat disebabkan konflik itu.



Menurut Cik Sri Mulyani, banyak negara mengutuk serangan tersebut semasa mesyuarat itu, namun beliau tidak menyenaraikan negara-negara tersebut.



"Jika kita ingin pulih bersama, kita perlukan kerjasama yang lebih kukuh," kata Cik Sri Mulyani semasa sidang media itu.



"G20 masih...forum utama bagi semua daripada kita membincangkan isu-isu," tambahnya.



Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Cik Janet Yellen, berkata beliau tidak bersetuju dengan kehadiran seorang pegawai kanan Russia semasa mesyuarat itu dan memutuskan melangkah keluar.



Beliau diikuti Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika, Encik Jerome Powell; Gabenor Bank of England, Encik Andrew Bailey; Menteri Kewangan Canada, Cik Chrystia Freeland, dan Presiden Bank Pusat Eropah, Cik Christine Lagarde.



Pegawai Ukraine di Washington yang mencari dana tambahan berbilion dolar turut meninggalkan mesyuarat tersebut, menurut sumber.



Timbalan Menteri Kewangan Russia, Encik Timur Maksimov, hadir, sementara Menteri Kewangan, Encik Anton Siluanov, dan gabenor bank pusat Russia turut serta dalam talian.



Lebih lima juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke luar negara sejak serangan Russia pada 24 Februari, yang juga merupakan serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak 1945.



Amerika menuduh Russia melakukan jenayah perang, tetapi Moscow menyifatkannya "operasi ketenteraan khas".



Russia menafikan dakwaan itu. - Reuters.




"Ia bukan keadaan biasa. Ia situasi yang bergolak dan mencabar. Jika kita ingin pulih bersama, kita perlukan kerjasama lebih kukuh. G20 masih... forum utama bagi kita semua membincangkan isu-isu."
- Cik Sri Mulyani Indrawati, Menteri Kewangan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >