Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota Kabinet M'sia angkat sumpah

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu Malaysia dimulakan dengan pengurniaan surat cara lantikan kepada barisan Jemaah Menteri.



Ia didahului Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz; Datuk Seri Fadhillah Yusof; Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk M Saravanan



Menteri berkenaan kemudian mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.



Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak dapat menghadiri istiadat pelantikan menteri Kabinet kerana menjalani kuarantin kendiri.



Datuk Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu, selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangannya bagi mengadakan kerjasama bipartisan tidak mendapat sokongan parti politik. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >