Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota polis maut, 4 cedera serangan selatan Thailand

Sep 20, 2018 | 01:36 PM



YALA: Seorang anggota polis maut manakala empat lagi rakannya cedera ditembak dalam serangan hendap individu tidak dikenali ketika pulang daripada memburu babi hutan di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand.



Menurut Ketua Polis Daerah Raman Lt Kol Pisit Lomkhampa, kejadian berlaku kira-kira 5 petang (waktu tempatan) semalam di Jalan Tadung-Raman ketika kenderaan pacuan empat roda itu dinaiki oleh tujuh orang kesemuanya.



Dua penumpang kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.



"Ketika pulang daripada berburu, mereka telah ditembak menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terbabas ke dalam hutan di sebelah jalan raya. Mayat anggota polis itu ditemui di tempat duduk," katanya kepada pemberita di sini.



Mangsa dikenali sebagai Somjit Chudam yang bertugas di wilayah Yala, kata beliau dan menambah, empat rakannya yang cedera dalam insiden tembakan itu telah dikejarkan ke Hospital Raman untuk mendapatkan rawatan.



Menurut Pisit, kesemua mangsa sebelum itu pergi berburu di Kampung Manangjong di daerah Tung Yang Daeng, Pattani dan sedang dalam perjalanan pulang dengan membawa bangkai lima ekor babi hutan.



Polis katanya, sedang meneruskan siasatan bagi mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian serang hendap itu.



Bagaimanapun insiden serangan hendap terbaru itu dijangka akan meningkatkan lagi ketegangan di selatan Thailand selepas serangan hendap Kampung Ban Tan, daerah Nongchik, di Pattani minggu lepas, telah mengorbankan dua anggota tentera dan mencederakan empat yang lain.



Selepas kejadian itu pada waktu malam 11 September itu, tentera Thailand telah menguatkuasakan undang-undang khas di dua buah mukim di daerah Nongchik serta mengerah 1,000 anggotanya untuk memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan hendap itu.



Tindakan tentera Thailand menguatkuasakan undang-undang khas di daerah Nongchik itu telah dikritik hebat oleh MARA Patani (Majlis Syura Patani), yang terlibat dalam rundingan damai dengan kerajaan Thailand anjuran Putrajaya.



Konflik di wilayah bergolak selatan Thailand sejak 2004 telah mengorbankan kira-kira 6,500 orang, menurut kajian oleh badan bukan kerajaan Deep South Watch (DSW) yang memantau konflik itu. -- BERNAMA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >